~ISTIMEWANYA WANITA~


Kenapakah aku dilahirkan sebagai seorang wanita bukan sebagai seorang lelaki.

ketahuilah ALLAH telah menmberikan keistimewaan kepada setiap wanita dan juga lelaki.BERSYUKURLAH kita dengan ketentuanNYA....


Disini terdapat beberapa keistimewaan wanita~~~


1 ) Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

2 ) Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



3 ) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.


4 ) Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


5) Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

6) Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

7 ) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

8 ) Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

9 )Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdeka kannya 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

JADILAH anda buah epal yg berada di atas yg tidak mudah jatuh kebumi..

dan hanya PEMUDA yg bertuah yg dapat memetiknya..INSYAALLAH..

1 comments:

Nur Khairina. said...

insyaAllah...aminn..:p

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?