MINAL AIDIL WA FAIZIN

Assalamualaikum w.b.t...
Tinggal 2 hari lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya.sedih rasa hati ini kerana ini adalah satu-satunya bulan untuk aku mendidik nafsu, menahan lapar dan dahaga sepanjang bulan serta perkara-perkara yg boleh mengurangkan pahala puasa. Pasti aku merindui solat TERAWIH , BERBUKA PUASA beramai-ramai dan BERTADARUS AL-QUARAN. Mampukah aku untuk terus istiqamah mengerjakan amalan sunat yang pasti aku jarang sekali lakukan di bulan yang lain.YA ALLAH aku mohon kekuatan dariMU..Sempena SYAWAL ini ingin sekali aku memohon keampunan atas segala khilaf yang aku lakukan sama ada sedar atau tidak sedar.Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui daripada diriku yang kerdil ini.


Untuk MU TUHAN.....


YA ALLAH aku menadah tangan yg kotor ini YA ALLAH. tangan yg selalu melakukan dosa kepadaMu.Malu aku kepadaMu.tetapi sesungguhnya ENGKAULAH tempat hambaMU yang kerdil ini meminta pertolongan.Ampunkan lah dosa-dosa ibu bapaku , guru-guruku , saudara-maraku , sahabat-sahabatku serta semua muslimin muslimat sama ada yg masih hidup ataupun yang sudah menghadapMU. Sesungguhnya ENGKAU MAHA PENGAMPUN, ENGKAU sukakan KEAMPUNAN, maka ENGKAU AMPUNKANLAH AKU.


YA ALLAH berkatilah hidupku di bulan yg mulia ini. Jauhkanlah aku daripada perkara-perkara maksiat.Pertemukanlah aku dengan bulan Ramadhan yg akan datang.Panjangkan lah umur aku.anadaikan ENGAKAU mahukan nyawaku matikanlah aku dalam IMANA.SesungguhNYA ENGKAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


Untuk Mu UMI & ABAH....


Kepada Umi dan Abah maafkan lah anakmu ini sekiranya anakmu ini sering kali menyakitkan hatimu , mengguriskan hatimu . sungguh aku sesal dengan kesalahan ku. sungguh tidak patut khilaf ku jika dibandingkan dengan segala pengorbanan yg telah umi dan abah lakukan demi membesarkan anakmu ini. Tidak terbalas segala pergorbanan yg telah umi dan abah lakukan sepanjang hayat ku ini. Halalkan makan minum ku.Buat umi maafkan lah anakmu kerana pulang ke kampung agak lewat. Doakanlah kepulangan anakmu semoga selamat.INSYAALLAH.


UNTUK MU GURU...


Buat guru-guruku di sekolah rendah , menengah , matrikulasi dan di UPSI.tidak kira lah di sekolah atau di universiti engkau tetap di panggil pendidik.terima kasih kerana mendidik aku sehingga aku berjaya menjadi seorang insan yang INSYAALLAH akan bergelar seorang GURU. Maaf dipinta sekiranya anak didikmu ini pernah mengecilkan hatimu. ILMU yang diajar INSYAALLAH diberkati olehNYA.


UNTUK MU SAHABAT SEPERJUANGAN...


Wahai sahabat terima kasih kerana sabar dengan rungutanku.sabar dengan karenahku.sabar dengan sifatku yg tidak disenangi. Sesungguhnya ALLAH sahaja yg dapat membalasnya. teruslah sahabat melangkah di alam belajar ini.walaupun banyak ranjau dan duri yang perlu kita lalui.jika aku terjatuh bantu lah aku dan jika engkau jatuh akan ku sambut tanganmu. teruskanlah perjuangan jangan engkau mudah mengalah.sama-samlaah kita membina dan menjaga ukhuwah kita hanya keranaNYA.Terima kasih SAHABAT..


UNTUK MUSLIMIN MUSLIMAT

Marilah kita menyambut hari kemenangan ini dengan penuh rasa kesyukuran kepadaNYA. aku menyusun 10 jari memohon keampunan atas segala khilaf dari hujung kaki hingga kepala. Semoga ALLAH memberkati kalian.


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?