- NASIHAT NENEK-

Perjalananku pulang ke kampung bermula pada jam 11.30. Aku mengambil bas daripada Tn. Malim ke Seremban.Aku turun di Terminal One. Kemudian aku mengambil bas dari Seremban ke Melaka jam 3.30. Alhamdulillah trafic tidak sibuk sangat walaupun ramai yang ingin pulang ke kampung.

Aku sampai di Melaka pukul 5.oo petang. Perjalanan ku teruskan menaikibas ke kampung aku. Dalam perjalanan ada seorang nenek yang sudah tua ingin menaiki bas. Walaupun sudah tua tetapi fizikalnya sungguh kuat.Nenek tua itu membawa 2 beg plastik yang penuh dengan kuih raya dan barang-barang lain.Nenek itu duduk di sebelah aku. Dia bersalam denganku. Malu aku kerana nenek itu yang menghulurkan tangan terlebih dahulu.

Dia bertanya aku hendak ke mana. Kami berbual-bual seketika. Kemudian nenek itu berpesan belajar rajin nak..Banyakkan selawat dan zikir. Setiap kali nak lakukan sesuatu baca Bismillah dan selawat.Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata nasihat nenek itu.

Aku terfikir kata-kata nasihat itu.Walaupun nasihatnye simple je tetapi begitu melekat di kepala ku. Kekadang kita ni susah sangat nak lakukan perkara yang paling mudah. Nak makan je ingat baca Bismillah. Tetapi kita amat kurang baca Bismillah ketika pakai pakaian , keluar rumah , masuk tandas.Ini kan pula hendak membaca doa.Untuk muhasabah diriku dan sahabat2 semua.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?