NOORDIN MAT TOP TERBUNUH


Dipetik daripada Berita Harian ( 18 September 2009 )

POLIS membawa jenazah Noordin yang ditembak mati di Solo, Jawa Tengah, pagi semalam.
Ditembak mati bersama pakar bom; Cap jari sama dihantar Polis MalaysiaJAKARTA: Militan paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mohammad Top, yang diburu pihak berkuasa Indonesia selama sembilan tahun, ditembak mati di sebuah rumah bersama pakar bomnya di pekan Solo, Jawa Tengah, pagi semalam. Ketua Polis Republik Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, mengesahkan lelaki yang ditembak mati itu ialah Nordin berdasarkan contoh cap jari yang dihantar Polis Malaysia.

Katanya, mayat Noordin ditemui di dalam rumah itu bersama beberapa mayat lain termasuk pakar bom, Bagus Budi Pranoto yang juga dikenali sebagai Urwah. "Berdasarkan pemeriksaan doktor polis dan contoh cap jari yang dihantar Polis Malaysia, Alhamdulillah pada Ramadan ini, dia adalah Noordin Mohammad Top," kata Bambang pada sidang akhbarnya yang disambut dengan tepukan pegawai polis lain. "Dia adalah pemimpin al-Qaeda di Asia Tenggara," katanya pada sidang akhbar itu yang turut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen ke seluruh negara.

Pengesahan mayat Nordin adalah kelegaan bagi pihak berkuasa Indonesia berikutan laporan Nordin ditembak mati dalam satu serbuan juga di Jawa Tengah, bulan lalu, tapi ujian forensik mendapatinya tidak benar. Noordin, yang dilahirkan di Malaysia, menubuhkan sebuah kumpulan serpihan kepada kumpulan militan serantau, Jemaah Islamiah dan dianggap sebagai perancang utama serangan bom ke atas hotel Ritz-Carlton dan JW Marriott pada 17 Julai lalu, selain serangan di Bali dan Jakarta yang menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan. Bambang berkata, selain Urwah, turut ditembak ialah rakan rapatnya, Ario Sudarso yang juga dikenali sebagai Aji dan penyewa rumah itu, Susilo. Dalam serbuan itu polis turut menahan dua lelaki, selain isteri Susilo yang cedera.

Terdahulu, Ketua Polis Nasional itu mengadakan pertemuan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan bila ditanya sama ada benar Noordin dibunuh, Bambang berkata: "Ya... ya.... ya." Laporan awal menyatakan lima mayat dibawa keluar daripada rumah itu, Empat daripada mereka dikenal pasti sebagai Urwah, Maruto, Susilo dan Putri Munaroh. Bagaimanapun, laporan kemudian mengesahkan Putri Munaroh hanya cedera.

Serbuan itu dilakukan awal pagi semalam selepas intipan polis mengesan tujuh suspek di dalam rumah berkenaan. Serbuan itu berakhir sebelum subuh, dan satu letupan kedengaran di dalam rumah berkenaan, kata jurucakap polis. Operasi polis itu turut menyebabkan rumah berkenaan hangus.
Mayat Nordin diterbangkan ke Jakarta bagi menjalani bedah siasat. Indonesia berada dalam tekanan hebat untuk menahan atau membunuh Noordin menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dirancang November ini.


P/S: Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyamham.Semoga dosa-dosanya diampunkan oleh ALLAH.


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?