~ WAHAI RAKAN ~

Sejak beberapa hari ni aku sering melihat profil rakan-rakan semasa di sekolah menengah. sama ada kat fs atau fb.Saje nak tahu perkembangan mereka. belajar kat mana? dah kerja ke ? dah kahwin ke?

Gembiranya hati ini bila rakan-rakanku pergi merantau ke luar negara. Alhamdulillah berjaya juga mereka menjejakkan kaki ke negara orang untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. ada di uk, republik czech , rusia , indonesia dan egypt.aku berharap mereka tidak alpa dan lalai pada agama, keluarga, negara dan jati diri mereka sendiri. Wahai rakan aku doakan semoga berjaya di dunia dan akhirat.

Aku sedih melihat rakan-rakanku yang masa sekolah dahulu baik akhlaknya tetapi berubah kepada yang kurang baik.Contohnya daripadan pakai tudung dah x pakai. Lagi sedih ada rakan lelaki yang bertindik di telinga, bergambar berpeluk-pelukan. YA ALLAH ampunilah rakan-rakanku dan berilah mereka HIDAYAHMU.

Aku tidak la kata aku ni baik sangat tapi INSYAALLAH aku mohon pada Allah hari ini lebih baik daripada semalam.Jangan ENGKAU bolak-balik kan hati aku. Sesungguhnya hamba Mu ini adalah lemah dan jahil . AMIN..





0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?