- KATA-KATA ITU -

Apakah matlamat kita jidup di dunia ini? Selepas dilahirkan kita bersekolah rendah dan menengah dan menyambung pelajaran ke universiti, kemudian bekerja , seterusya jika diberi jodoh berkahwin dan sedar-sedar kita dah tua. Adakah hidup kita ini hanya kosong tanpa isi? Tidakkah kita terfikir dengan kehidupan yang lain yg sememangnya menjajanjikan kehidupan yang kekal? Apa yang telah kita lakukan untuk bekalan kehidupan di sana?

Inginkan ku kongsikan sedikit kata-kata buat renungan dan muhasabah diri ini. Kata-kata daripada MANTAN PENGERUSI RAKAN SURAU KHAR 08/09 dalam Ijtimak Hari Raya Rakan Surau malam tadi . Katanya yang ku faham. Kehidupan ini tidak sama dengan orang lain. Kita mempunyai tanggungjawab besar dalam membawa Islam. Sebagai orang Islam kita perlu sedar. Jika bukan kita yang hendak membawa perjuangn ini siapa lagi. Takkan orang bukan Islam yang perlu memikul tanggungjawab ini.

Kita sanggup mengejar benda yang sementara daripada menggapai perkara yang membawa ke alam yang kekal iaitu kehidupan akhirat. Contoh yang dibawa oleh seniorku ini cukup dekat dengan kita dan pastinya itu yang kita lakukan. Katanya kita sanggup berjaga malam untuk mendapatkan segulung ijazah tetapi kita tidak dapat bersengkang mata untuk menghadap YANG MAHA ESA. Kita bersolat hajat untuk menghadapi peperiksaan sehingga terpaksa mengumpulkan orang ramai tetapi kita tidak bersolat hajat untuk memohon hidayah ALLAH. SubhannaAllah sungguh terkesan kata-katanya itu dihatiku. Tetapi cukupkah dengan hanya kesan sahaja tanpa AMAL???

P/s: Sungguh indah kenangan semalam dapat bersama-sama bekumpul untuk saling ingat-mengingati. Kehadiran Cikgu TG juga tidak disangka dan memeriahkan majlis. Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan.InsyaAllah akan ku postkan pic-pic menarik sahabat-sahabiah semua.









2 comments:

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

InsyaAllah sama-sama kita ambil perhatian atas peringatan dan teguran yang diberikan dalam majlis tersebut. Indahnya majlis orang mukmin, tidak terlepas memberi peringatan demi peringatan agar kita yg senantiasa alpa dan lupa akan tersedar akan hakikat sebenar kehidupan ini.

Hadir dengan ketentuan Ilahi,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

salam fieza..em sama2x kte berjuang k..inysAllah yakin pada Allah..Allah akan bantu..walaupun kte kekurangan muslimin..hhhuhuu..cmaner ek fieza..?

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?