- JOHORE MATRICULATION COLLEGE ( JMC ) -

Pertama kali ku menjejakkan kaki di JMC terasa syukurku padaNYA walaupun Kolej Matrikulasi Penang menjadi pilihan hatiku. Mungkin ini aturan Allah utk hambaNya ini. Kolej ini adalah tempat untuk aku terus malangkah selepas SPM.

Aku telah ditawarkan dalam kos Sains Fizik. Namun aku tidak berapa sesuai dengan fizik dan memilih untuk mengambil Sains Biologi. Sebelum ku melangkah untuk terus menuntut ilmu ada yang mengatakan kehidupan matrik sungguh mencabar.Belajar dalam masa setahun untuk sillibus yang sangat banyak dan padat. Kalau tak datang kuliah seminngu tu boleh lost..

Aku telah ditempatkan di Kolej Ar-Razi sebagai tempat penginapan ku sepanjang belajar disana. Kolej yang berhadapan dengan Masjid JMC. Masjid ni boleh dikatakan rumah keduaku kerana disana tempatku solat, tempatku belajar dan tempatku mencari ilmu yang tidak boleh didapati daripada kuliah-kuliah. SHIDAH, AINI & MIMI adalah teman sebilikku.Rindu rasanya pada mereka.Banyak perkara yang kami lakukan bersama.

Alhamdullilah aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan belajar disana. Balik kelas mesti kena buat tutorial dan revision. Sekiranya tidak faham jangan ditangguh untuk berjumpa pensyarah.Apa khabar pensyarahku di sana ya? Harapanku semoga sihat dan terus dapat memberikan bakti pada anak bangsa.Masa yang begitu pantas berlalu membuatkan ku rasa tidak puas berada di JMC.

 Banyak kenanganku sepanjang ku berada di JMC. Kini aku terus melangkah sebagai seorang pelajar ke peringkat lebih mencabar lagi. Ku berdoa semoga tidak terjatuh dan berputus asa dalam mencari ilmuNYA. 



~ bersama rakan sekelas ( praktikum sn. hayat 49 ) ~ 

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?