~ TUBUH SEHARUM KASTURI ~

                Berdasarkan kitab Al-Akhlaq Al-Islamiyyah lin Nasyi'in terdapat satu cerita yang cukup menggagumkan.

               Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang menjual kain keliling di dalam negeri Syam. Dia berkeliling dari satu daerah ke daerah yg lain. Pemuda ini seorang yg gagah , tampan , dan peramah. Itulah anugerah Allah kepadanya.

                 Pada suatu hari sedang pemuda itu bardagang kainnya , tiba-tiba seorang wanita memanggilnya. Wanita kaya itu mengajak pemuda itu masuk ke dalam rumahnya. Sebaik sahaja pemuda itu masuk, wanita itu terus mengunci pintu rumah. Wanita itu sudah lama terpikat dengan ketampanan pemuda tersebut. Wanita itu telah berkata ' wahai pemuda aku memanggilmu bukan untuk membeli kainmu , tapi semata-mata kerana mencintaimu'.

                  Ketika itu tiada seorang pun di dalam rumah itu. wanita itu telah mengajak pemuda tersebut untuk berzina. walau bagaimanapun pemuda yg bertakwa itu telah mengingatkan akan seksaan ALLAH yg pedih. Namun kata-kata pemuda itu tidak dipedulikan malah membuatkan wanita semakin nekad untuk menakluk pemuda tersebut.

                 Pemuda itu tetap dengan pendirian keimanannya. Oleh kerana pemuda itu tetap menolak, wanita itu telah mengancamnya. Sekiranya pemuda itu tidak menurut kehendaknya wanita itu akan menjerit dan mengatakan ada orang masuk ke rumahnya untuk memperkosanya. Disebabkan kedudukan pemuda pada waktu itu pasti orang-orang akan mempercayai kata-katanya. Pemuda berfikir mencari jalan keluar. Pemuda itu tidak ingin melakukan maksiat tapi tidak mahu juga dihina oleh orang-orang.

             Pemuda itu telah memohon untuk ke bilik air. wanita itu sangat gembira kerana pemuda itu tidak menolaknya lagi. Di dalam bilik air lelaki tersebut telah berfikir bagaimana untuk melepaskan dirinya. Pemuda itu telah memohon petumjuk daripada Allah.
' sesungguhnya di antara golongan yang akan mendapat naungan Allah di Akhirat kelak adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh wanita cantik dan berkedudukan, lalu ia mengatakan ' sungguh aku takut pada ALLAH '.

               Pemuda itu telah mengambil keputusan untuk melumuri tubuhya dengan kotoran. Semoga selepas wanita itu melihatnya pasti merasa jijik lalu menghalau keluar dari rumah. Lalu pemuda itu pun membuang hadas besar dan melumuri seluruh anggotanya dengan najisnya itu. Selepas itu , pemuda itu pun keluar dari bilik air.

             Alangkah marahnya wanita itu dan terus menghalau pemuda itu. Pemuda itu pun terus berjalan pulang dan pura-pura bertingkah laku sebagai orang gila. Pemuda itu telah melalui jalan yang sepi supaya orang lain tidak melihatnya sebagai orang gila kerana akan menjejaskan perniagaannya.

             Setelah tiba di rumah pemuda itu terus membersihkan dirinya. Ketika keluar dari bilik mandi ALLAH telah menunjukkan kekuasaanNYA dengan mengeluarkan haruman yang luar biasa memancar dari seluruh pori-pori tubuhnya. haruman itu tercium dari jarak beberapa meter. Akhirnya pemuda itu dikenali dengan gelaran Al-Miski atau Orang Yang Seharum Kasturi.


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?