~sEmOgA PaNjAnG uMuR~

Alhamdulillilllah , Subhanallah , dan Allahhu Akbar ku mulakan taipan ku di atas ku laptopku ini...
Syukur ku panjatkan kpd Yang Maha Esa kerana aku masih lagi bernyawa dengan nikmat iman dan islam..
Kekangan masa yg menghimpit dengan peperiksaan dan kerja-kerja yg perlu diselesaikan mmbuatkan masa ini pantas berlalu...Alhamdulillah peperiksaan ku berjalan dgn baik.tinggal satu je lg paper pd 18hb.


Dalam bulan Disember ini ada 2 org yg rapat dalam hidup aku telah menyambut kelahirannya. Pertama sekali adalah ABAHKU iaitu pada hari ini ( 14 November 1963 ).Kini abahku sudah masuk 46 tahun.

ABAH...

Selama hidup ini aku sangat berbangga dengan abah. Abah adalah seorang guru dan kini seorang kaunselor selepas berjaya dalam pengajiannya di peringkat Master.Abah seorang yg tegas dengan anak-anaknya. Amat mengambil berat akan soal agama.Contohnya ' dah solat ke belum '  ' pakai tudung tu tarik depan sket bahagian dagu ' dan sering nasihat kan kami. Abah amat berharap kami adik-beradik dapat menjadi anak SOLEH dan SOLEHAH. Ya Allah panjangkanlah umur Abah. Sesungguhnya aku masih tidak bersedia untuk kehilangan Abah dlm hidup ini. Tetapi jika maut itu adalah yg terbaik untuknya Engkau ambillah nyawanya. 






Abah ketahuilah kami sgt menyayagimu.Engkau telah byk berkorban
demi kami sekeluarga. Semoga engkau dipanjangkan umur dan
dimurahkan rezeki~


Yang kedua yg menyambut kelahirannya ialah sahabatku ( NUR ILLYA AMEERA ) iaitu pada 12 Nov lepas.

SAHABAT...


ilya yg mmg suke betulkan tudung org..
( semoga engkau berjaya dlm hidup ini & 
ketahuilah jika engkau bersedih ada org yg boleh membantumu ) 


Perkenalan kita bermula di padang. ( betul ke lya??hehhee ) Pada waktu itulah kita mula menutur kata. Kita jadi rapat apabila sama-sama menonton teater ( tajuknye LAYANG-LAYANG ). semester 1 time tu mmg excited. semua nak explore. Ape yg mereka buat??. Jadi kami decide utk g tgk kat panggung budaya. Kebetulan kami 2 org je yg nak g. Sejak itulah hubungan kita menjadi semakin rapat.Kini kami selalu bersama. kalo g kelas x ada aku atau die pasti org akan bertanya. tapi satu perkara yg tak boleh lagi buat ialah makan sama2. dah tinggal blok yg tak sama. aku masih di blok 1 tapi ilya di blok 3. kami suke makan KENTANG. ( giler kentang ??? ). Semoga perkenalan kita terus berkekalan walau apa pun yg terjadi dan semoga pangjang umur dan dimurahkan rezeki. INSYAALLAH... 


p/s: Bila umur semakin meningkat ketahuilah kita semakin hampir dengan maut.Cukupkah amal kita di dunia ini  untuk dibawa bekalan akhirat kelak??

1 comments:

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

Selamat hari Lahir...

Illya mmg suka baiki tudung org...

Heheheheh...

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?