~ PERKARA 2009 ~

Hari ini adalah hari yang terakhir bg 2009. Esok bermulalah tahun 2010. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Banyak perkara lagi yang harus ku lakukan dalam mencapai matlamat hidup yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada umat manusia.

Antara perkara yang boleh dikongsikan dalam tahun 2009 ini adalah :

  •  Aku telah ditaklifkan sebagai SU Rakan Surau dan RPA peringkat kolej. Amanah ku pikul ini belum lagi mampu ku laksanakan dengan baik. Selepas ini SU Rakan Surau akan ku lepaskan kepada adik2 dan aku masih lagi memegang SU RPA. Semoga tanggungjawab ini akan ku laksanakan dengan lebih baik lagi kerana pengalaman yang sebelumnya  telah mengajarku. INSYAALLAH.


  • Adik ku telah mengambil peperiksaan UPSR dan telah mendapat 4A 1B. Semoga usaha Mariah tidak terhenti di sini sahaja. Perjalanan hidupmu masih panjang dan banyak perkara lagi yang perlu dipelajari.


  • Aku telah mendapat keluarga angkat semasa mengikuti program BAKTISISWA peringkat kolej di Temerloh , Pahang. Kepada keluarga disana sekiranya ada kesempatan waktu akan ku lawati di sana.


  • Perpisahan dengan kakak-kakak kesayangan yang akan berpraktikum cukup menyedihkan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jika tidak mahu akan perpisahan jangan adakan pertemuan :) Syukron diucapkan kepada kakak-kakak yang sudi memberi tunjuk ajar kepada kami. Banyak kenangan kita bersama yang pasti menjadi lipatan kemas dalam hati ini. Sayang kamu kerana ALLAH. INSYAALLAH.   







kenangan bersama kakak-kakak semester 7




adikku MARIAH yang akan bersekolah menengah tahun hadapan.





~ PANTASNYA MASA BERLALU ~





Tahun HIJRAH sudah pun berganti. Kini tahun 2010 bakal menjelang. Tahun berganti tahun , terasa cepat ku rasa masa berlalu. Apa yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini? Bertambah baikkah atau sebaliknya?
Bagaimana bekalan akhiratku? Masih berjumpakah aku akan tahun seterusnya? Persoalan ini berlegar-legar dalam pemikiranku. 
 Bagaimana dengan sahabat-sahabat??



~ AHMADINEJAD ~



AHMADINEJAD 
SINGA BARU DUNIA ISLAM





Aku ingin sekali mengetahui perihal peribadinya yang sangat berani menentang kuasa besar sepertiAmerika.Bagaimana beliau terlibat dalam bidang politik sehingga berjaya menjadi PRESIDEN IRAN hingga ke hari ini membuatkan ramai orang kagum dengannya. Mempunyai  sifat yang rendah diri dan kehidupan yang sederhana membuatkan aku ingin mendalami  tentang dirinya.Tenaga nuklear yang dihasilkan di IRAN membuatkan kuasa Barat tidak berpuas hati.





Sekiranya sahabat-sahabat nak tahu lebih lanjut sila dapatkan buku ini :




Buku ini ku beli semasa menghadiri WEHDAH 09 di USIM
Belum habis ku baca :(





" Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya , mengapa kamu pula yang boleh memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear inibaik untuk kamu ,mengapa kami tidak boleh  menggunakannya? "







  




~ Pemanasan Global ~



Isu pemanasan global kini hangat diperkatakan di peringkat antarabangasa. Pelbagai kempen dan demokrasi diadakan bagi meningkatkan kesedaran penduduk dunia. Dunia kini semakin tua.  Di sini ku sertakan gambar-gambar yang menunujukkan pemanasan global.


BEFORE: Take a look at Agassiz Glacier, in this photograph taken in 1913, near Boulder Pass, Glacier National Park. 





AFTER: Shepard Glacier from Pyramid Peak, Glacier National Park, photographed in 2005.



Polar bears threatened by thaw across the Arctic




ice semakin mencair



“Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman (mempercayainya).”Al Mu’min (40) : 59



“Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan Bumi dan apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan benar. Dan sesungguhnya saat (kiamat) itu pasti akan datang, . . .”Al Hijr (15) : 85


Dan apabila Letupan datang, Pada hari seorang lelaki lari daripada saudara lelakinya, Dan ibunya, dan bapanya, Dan isterinya, dan anak-anaknya, Setiap lelaki, pada hari itu, ada hal yang mencukupi baginya." (80:33-37)








~ SAUDAGAR YAHUDI ~


SAUDAGAR YAHUDI MONOPOLI JENAMA 
TERKAYA DUNIA


Ralph Lauren ( POLO )




Larry Ellison ( ORACLE )



Irv Robbins ( Baskin & Robbins )



Sergey Brin ( Google )


Michael Dell ( Dell Computers )


Donna Karan ( DKNY )




Howard Schultz ( Starbuck's )



Bill Rossenberg ( Dunkin Donuts )



Levis Strauss ( Levi's Jeans )




Boikot barangan YAHUDI. Sentiasa doakan saudara seISLAM kita disana. INSYAALLAH

~ only 1 minute ~

Subject: 1 minit je...

1 minit untuk mengingati Allah



Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:

*SUBHANA'LLAH

*ALHAMDULI'LLAH

*LA I LAHA ILLA'LLAH

*ALLAHU AKBAR

*ASTAGHFIRU'LLAH

*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH

*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD

*WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN


Hayatilah sedalamnya akan makna ayat ini.





Oleh itu duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang diredhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita kerjakan.

~ PERSATUAN ISLAM DAN AKTIVITI ISLAM ~

Pada 22hb hingga 25hb Nov aku telah mengikuti satu program yg cukup membuka mataku tentang perjalanan dakwah di Malaysia terutamanya di alam kampus.Syukur Alhamdulillh Konvensyen Pendakwah Muda 09          ( WEHDAH 09 ) berjalan dengan lancar sekali. Ramai ahli panel yg hebat2 telah memberi perkongsian dan ilmu kepada kami antaranya Prof. Hj. Muhd Kamil Ibrahim, Xifu Naser, Us. Pahrol Mohamad Juoi , Prof. Madya Dr.Harlina Halizah Siraj dan ramai lagi.


Disini ingin aku kongsikan sedikit pengetahuan mengenai aktiviti dakwah di kampus. Pada 24 Nov pihak pengajur telah mengadakan satu slot perkongsian pengalaman aktiviti dakwah oleh setiap IPTA. Melalui slot ini setiap IPTA akan berkongsi aktiviti-aktiviti dakwah yang telah dijalankan di setiap IPTA masing-masing. Oleh yang demikian IPTA lain boleh mengambil contoh dan aplikasikan apabila pulang ke U masing2.


Terdapat juga pelbagai cabaran dlm mengadakan aktiviti dakwah di kampus. Contoh yang aku dapati ialah terdapat pihak universiti yang tidak membenarkan penubuhan persatuan-persatuan Islam             ( cthnya mcm PMI atau PPI ) dan aktiviti-aktiviti yg berkaitan dengan Islam.Tidak perlulah aku katakan U mana.Tetapi dengan semangat untuk memperjuagkan ISLAM yang begitu menebal mahasiswa ini tetap meneruskan agenda dakwah dengan menggunakan tagline MASJID di U mereka. Bagi U yang telah mempunyai platform untuk jalankan aktiviti dakwah laksankanlah dengan sebaik mungkin. Semoga ISLAM tertegak dengan kukuhnya di bumi ini.







~ NUR KASIH VS KCB ~


Setelah tamatnya 26 episod dlm Nurkasih dan selepas ku lihat Ketika Cinta Bertasbih hatiku terdetik terdapat banyak perbezaan yg ku dapati antara dua cerita yg begitu popular kini.

Nur Kasih menceritakan kisah perkahwinan Nur Amina yg pada awalnya yg ditolak dan pada penghujungnya menemui kebahagiaan selepas terpaksa mengharungi pelbagai rintangan. Bagi aku cerita ni sangat menarik dr segi latar tempatnya.Berlatarkan sawah padi dan pemandangan yg amat cantik.Sudut pengambilan dramanya mmg susah didapati drpd cerita yg lain.Tetapi cara pelakon melakonkan watak itu yg aku memang tidak setuju. Terlalu banyak sangat pelukan.



Ketika Cinta Bertasbih pula mengisahkan cerita seorang pemuda yg belajar di Mesir dan berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dalam pengajiannya. Namun cinta pemuda ini tidak kesampaian kerana sang bunga telah dilamar oleh sahabat baiknya.Dalam cerita ini aku dapat melihat kegigihan seseorang dalam melakukan sesuatu.Berbeza dengan cerita cinta yang dilakonkan di Malaysia.





Sahabat-sahabat ini adalah sedikit pendapatku mengenai kedua-dua cerita ini.  Sekiranya sahabat ingin berkongsi pendapat mengenai amat dialu-alukan.   

~ BAKTISISWA CAKNA ILMU 2009 ~


Esok bas akan bertolak pada pukul 8 pg. Peserta dikehendaki berada sebelum jam 7.30 pg utk memudahkan urusan pengangkutan. Aku akan bertolak ke kampung Paya Luas , Temerloh Pahang.
Semoga perjalanan aku dipermudahkan oleh Allah dan aku dapat memberikan sesuatu yg bermanfaat kpd keluarga angkat ku nanti dan penduduk kampung yg lain. INSYAALLAH.



my tag name. aku telah dipertanggungjawabkan dalam unit logistik.
cantik kan button badge :)
Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?