~ PERSATUAN ISLAM DAN AKTIVITI ISLAM ~

Pada 22hb hingga 25hb Nov aku telah mengikuti satu program yg cukup membuka mataku tentang perjalanan dakwah di Malaysia terutamanya di alam kampus.Syukur Alhamdulillh Konvensyen Pendakwah Muda 09          ( WEHDAH 09 ) berjalan dengan lancar sekali. Ramai ahli panel yg hebat2 telah memberi perkongsian dan ilmu kepada kami antaranya Prof. Hj. Muhd Kamil Ibrahim, Xifu Naser, Us. Pahrol Mohamad Juoi , Prof. Madya Dr.Harlina Halizah Siraj dan ramai lagi.


Disini ingin aku kongsikan sedikit pengetahuan mengenai aktiviti dakwah di kampus. Pada 24 Nov pihak pengajur telah mengadakan satu slot perkongsian pengalaman aktiviti dakwah oleh setiap IPTA. Melalui slot ini setiap IPTA akan berkongsi aktiviti-aktiviti dakwah yang telah dijalankan di setiap IPTA masing-masing. Oleh yang demikian IPTA lain boleh mengambil contoh dan aplikasikan apabila pulang ke U masing2.


Terdapat juga pelbagai cabaran dlm mengadakan aktiviti dakwah di kampus. Contoh yang aku dapati ialah terdapat pihak universiti yang tidak membenarkan penubuhan persatuan-persatuan Islam             ( cthnya mcm PMI atau PPI ) dan aktiviti-aktiviti yg berkaitan dengan Islam.Tidak perlulah aku katakan U mana.Tetapi dengan semangat untuk memperjuagkan ISLAM yang begitu menebal mahasiswa ini tetap meneruskan agenda dakwah dengan menggunakan tagline MASJID di U mereka. Bagi U yang telah mempunyai platform untuk jalankan aktiviti dakwah laksankanlah dengan sebaik mungkin. Semoga ISLAM tertegak dengan kukuhnya di bumi ini.







0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?