KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya: ·

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). ·

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. ·

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. ·

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman. ·

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S. ·

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.. · Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.

Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu. Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim) Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir.

Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib). Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W.

di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa.

Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

p/s: diperoleh drpd http://mufti.islam.gov.my/terengganu/

-KURMA DARI ISRAEL~

ASSALAMUALAIKUM..

di pagi selepas bersahur inginku kongsikan sedikit isu yg perlu kita ambil berat kerana melibatkan saudara-saudara kita di PALESTIN...

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya....dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.

oleh itu sebagai umat islam dinasihatkan berhati-hatilah dalam membeli makanan dan minuman.pastikan tanda halal dan haramnya sebelum membeli.








-RAMADHAN KALI INI ~

assalamualaikum...

ku gagahi diri ini utk terus mengupdate laman sesawang ku ini..
bertemankan sahabat disebelah yg sentiasa mengupdate blognya terasa cemburu di hati..
mungkin kerana kekangan masa dan bebanan kerja yg semakin himpit diri.
YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN DAN SEDIKIT MASA UNTUK TERUS BERGIAT DALAM PENULISAN SETERUSYA MNEYAMPAIKAN ILMU YG SEDIKIT INI.INYAALLAH..

bersempena dgn bulan RAMADHAN yg mulia ini aku ingin mencatitkan sedikit tulisan yg mungkin terlintas di fikiran ini yg hakikatnya semua daripada YANG MAHA KUASA.walaupun mungkin agak terlewat sedikit utk aku masuk kpd entry ini kerana sudah 4 hari kita berterawikh dan 3 hari kita berpuasa.

seperti bulan ramadhan yg lepas pastinya kita terasa sama sahaja. namun aku mesti membuat kelainan sedikit untuk aku buat yg terbaik untuk ramadhan kali ini.mungkin kita tidak mengetahuinya adalak ini ramadhan ku yg terakhir sebelum ALLAH mencabut nyawaku..
tidak perlu rasa nya aku nyatakan kelainannya takut diri ini menjadi riak dengan kebaikan yg dilakukan.YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA HAMBA MU INI...

berpuasa di kolej amat menggembirakan.dapat bersama sahabat-sahabat dan tugas yg sering dilakukan adalah dengan membentang tikar beramai-ramai disamping dapat mengeratkan ukhuwah sesama sahabat-sahabat yg lain.

hari pertama berpuasa aku telah pulang ke kampung utk menguruskan beberapa perkara.ALHAMDULILLAH syukur yg tidak terhingga aku dapat bersama-sama keluargaku.
gembira rasanya dapat berbuka bersama kerana semuanya ada di rumah.sempat juga aku bersolat terawikh di surau kampungku.dapat berjumpa org2 kampung yg mungkin aku sudah lupa namanya dan hanya ingat rupanya sahaja. YA ALLAH LEMAHNYA HAMBA MU INI.

cukuplah sekadar ini sahaja coretan ku untuk kali ini.kapada semua muslimin muslimat selamat berpuasa dan jadikanlah RAMADHAN kali ini adalah yg RAMADHAN yg terbaik. semoga amalan-amalan yg kita lakukan di bulan RAMADHAN ini dapat kita teruskan untuk bulan yang lain.INSYAALLAH...


SEPULUH SEBAB DOA TERTOLAK

Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasullah s..a.w. tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.


Kamu telah membaca AL-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.


Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.


Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.


Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.


Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.


Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.


Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.


Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu, tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pengajaran) daripada mereka

~ DALAM KENANGAN ~

Innalillahhiwainnalillah hirajiun..ucapan takziah kepada ahli keluarga, sahabat dan peminat2 kumpulan RABBANi. semalam kita dikejutkan dengan kehilangan seorang pejuang nasyid tanah air yg begitu terkenal sekali..USTAZ ASRI bin IBRAHIM.


Ustaz asri telah meninggal dunia pada 11 pagi di Hospital Pusat Perubatan Pantai (PMC)Bangsar akibat sakit jantung. Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai pelancaran program Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum dihantar ke PMC untuk rawatan.

Allahyarham yg masa hidupnya begitu aktif dalam berdakwah melalui nasyid telah dimbil oleh ALLAH.Rasenye mcm baru shj aku brjumpa dengan Kumpulan Rabbani iaitu pada pesta Konvo mase aku semester satu .betapa masa pergi begitu pantas sekali..kini Allahyarham dalam kenangan.YANG PERGI TAK AKAN KEMBALI..

pic time pesta konvo

p/s : marilah sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kpd Allahyarham..semoga rohnya ditempatkan dengan org2 beriman.insyaALLAH

KETAWA+ IKTIBAR+MUHASABAH


BEBERAPA KISAH LUCU BERI IKTIBAR YANG PERLU KITA FIKIRKAN.




Ambillah sebagai pengajaran................. terkadang kita lupa diri kita yang sebenarnya.... apa yang kita selalu nampak ialah keburukan orang lain.


*Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

*Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

*Lucu ya, betapa lamanya 2jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2jam berlalu waktu menonton wayang di panggung.

*Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan waktu berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

*Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadan yang bacaannya lama dan panjang.








*Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.



*Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.



*Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual, kita boleh ubah sekelip mata.



*Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.



*Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.



*Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berbicara ataupun melakukan apa-apa.



*Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lawat e-mail, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berfikir dua kali.



" Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa sesungguhnya bagi meraka kurnia yang besar dari Allah".

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?