PUASA SUNAT 6 DALAM BULAN SHAWAL

Dipetik dari http://al-futhuhat. blogspot. com/PUASA SUNAT (6 HARI SYAWAL)
Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?

Puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa wajib bulan Ramadhan adalah amalan sunnat yang dianjurkan dan bukannya wajib. Seorang muslim dianjurkan mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barangsiapa yang mengerjakannya niscaya dituliskan baginya puasa setahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Romadhan).

Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda, yang artinya: ‘Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa penuh setahun .’ (HR: Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda lagi: ‘Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas ‘Eidul Fitri bererti ia telah menyempurnakan puasa penuh setahun . Dan setiap kebaikan diganjar sepuluh kali ganda.’

Dalam sebuah riwayat berbunyi, yang artinya: ‘Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Romadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun.’ (HR: An-Nasa’i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).
Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dengan lafazh: ‘Puasa bulan Romadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Sedang puasa enam hari bulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah puasa setahun penuh.’

Para ahli fiqih madzhab Hambali dan Syafi’i menegaskan bahwa puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa Romadhan setara dengan puasa setahun penuh, karena pelipat gandaan pahala secara umum juga berlaku pada puasa-puasa sunnat. Dan juga setiap kebaikan dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali ganda.

Salah satu faedah terpenting dari pelaksanaan puasa enam hari bulan Syawal ini adalah menutupi kekurangan puasa wajib pada bulan Romadhan. Sebab puasa yang kita lakukan pada bulan Romadhan pasti tidak terlepas dari kekurangan atau dosa yang dapat mengurangi keutamaannya. Pada hari kiamat nanti akan diambil pahala puasa sunnat tersebut untuk menutupi kekurangan puasa wajib.

Sebagaimana sabda Rasululloh Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, yang artinya: ‘Amal ibadah yang pertama kali di hisab pada Hari Kiamat adalah shalat. Allah Ta’ala berkata kepada malaikat -sedang Dia Maha Mengetahui tentangnya-:
‘Periksalah ibadah solat hamba-hamba- Ku, apakah sempurna ataukah kurang. Jika sempurna maka pahalanya ditulis utuh sempurna. Jika kurang, maka Allah memerintahkan malaikat:
‘Periksalah apakah hamba-Ku itu mengerjakan solat-solat sunnat? Jika ia mengerjakannya maka tutupilah kekurangan solat wajibnya dengan solat sunnat itu.’ Begitu pulalah dengan amal-amal ibadah lainnya.’ (HR: Abu Dawud)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.

Wa’Allahualam. .

~ WAHAI RAKAN ~

Sejak beberapa hari ni aku sering melihat profil rakan-rakan semasa di sekolah menengah. sama ada kat fs atau fb.Saje nak tahu perkembangan mereka. belajar kat mana? dah kerja ke ? dah kahwin ke?

Gembiranya hati ini bila rakan-rakanku pergi merantau ke luar negara. Alhamdulillah berjaya juga mereka menjejakkan kaki ke negara orang untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. ada di uk, republik czech , rusia , indonesia dan egypt.aku berharap mereka tidak alpa dan lalai pada agama, keluarga, negara dan jati diri mereka sendiri. Wahai rakan aku doakan semoga berjaya di dunia dan akhirat.

Aku sedih melihat rakan-rakanku yang masa sekolah dahulu baik akhlaknya tetapi berubah kepada yang kurang baik.Contohnya daripadan pakai tudung dah x pakai. Lagi sedih ada rakan lelaki yang bertindik di telinga, bergambar berpeluk-pelukan. YA ALLAH ampunilah rakan-rakanku dan berilah mereka HIDAYAHMU.

Aku tidak la kata aku ni baik sangat tapi INSYAALLAH aku mohon pada Allah hari ini lebih baik daripada semalam.Jangan ENGKAU bolak-balik kan hati aku. Sesungguhnya hamba Mu ini adalah lemah dan jahil . AMIN..





~ RIANG RIA DI HARI RAYA ~


Keluarga besarku di Hari Raya Aidilfitri. Sungguh gembira dan bahagia selalu. Semoga kita bertemu di Hari Raya Aidilfitri tahun depan.Sambutlah Syawal ini dengan penuh syukur.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.


riangnya muaz



yeusof + aishah

bersama anak saudara


pak aji kimi

jemput makan

- NASIHAT NENEK-

Perjalananku pulang ke kampung bermula pada jam 11.30. Aku mengambil bas daripada Tn. Malim ke Seremban.Aku turun di Terminal One. Kemudian aku mengambil bas dari Seremban ke Melaka jam 3.30. Alhamdulillah trafic tidak sibuk sangat walaupun ramai yang ingin pulang ke kampung.

Aku sampai di Melaka pukul 5.oo petang. Perjalanan ku teruskan menaikibas ke kampung aku. Dalam perjalanan ada seorang nenek yang sudah tua ingin menaiki bas. Walaupun sudah tua tetapi fizikalnya sungguh kuat.Nenek tua itu membawa 2 beg plastik yang penuh dengan kuih raya dan barang-barang lain.Nenek itu duduk di sebelah aku. Dia bersalam denganku. Malu aku kerana nenek itu yang menghulurkan tangan terlebih dahulu.

Dia bertanya aku hendak ke mana. Kami berbual-bual seketika. Kemudian nenek itu berpesan belajar rajin nak..Banyakkan selawat dan zikir. Setiap kali nak lakukan sesuatu baca Bismillah dan selawat.Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata nasihat nenek itu.

Aku terfikir kata-kata nasihat itu.Walaupun nasihatnye simple je tetapi begitu melekat di kepala ku. Kekadang kita ni susah sangat nak lakukan perkara yang paling mudah. Nak makan je ingat baca Bismillah. Tetapi kita amat kurang baca Bismillah ketika pakai pakaian , keluar rumah , masuk tandas.Ini kan pula hendak membaca doa.Untuk muhasabah diriku dan sahabat2 semua.

NOORDIN MAT TOP TERBUNUH


Dipetik daripada Berita Harian ( 18 September 2009 )

POLIS membawa jenazah Noordin yang ditembak mati di Solo, Jawa Tengah, pagi semalam.
Ditembak mati bersama pakar bom; Cap jari sama dihantar Polis MalaysiaJAKARTA: Militan paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mohammad Top, yang diburu pihak berkuasa Indonesia selama sembilan tahun, ditembak mati di sebuah rumah bersama pakar bomnya di pekan Solo, Jawa Tengah, pagi semalam. Ketua Polis Republik Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, mengesahkan lelaki yang ditembak mati itu ialah Nordin berdasarkan contoh cap jari yang dihantar Polis Malaysia.

Katanya, mayat Noordin ditemui di dalam rumah itu bersama beberapa mayat lain termasuk pakar bom, Bagus Budi Pranoto yang juga dikenali sebagai Urwah. "Berdasarkan pemeriksaan doktor polis dan contoh cap jari yang dihantar Polis Malaysia, Alhamdulillah pada Ramadan ini, dia adalah Noordin Mohammad Top," kata Bambang pada sidang akhbarnya yang disambut dengan tepukan pegawai polis lain. "Dia adalah pemimpin al-Qaeda di Asia Tenggara," katanya pada sidang akhbar itu yang turut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen ke seluruh negara.

Pengesahan mayat Nordin adalah kelegaan bagi pihak berkuasa Indonesia berikutan laporan Nordin ditembak mati dalam satu serbuan juga di Jawa Tengah, bulan lalu, tapi ujian forensik mendapatinya tidak benar. Noordin, yang dilahirkan di Malaysia, menubuhkan sebuah kumpulan serpihan kepada kumpulan militan serantau, Jemaah Islamiah dan dianggap sebagai perancang utama serangan bom ke atas hotel Ritz-Carlton dan JW Marriott pada 17 Julai lalu, selain serangan di Bali dan Jakarta yang menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan. Bambang berkata, selain Urwah, turut ditembak ialah rakan rapatnya, Ario Sudarso yang juga dikenali sebagai Aji dan penyewa rumah itu, Susilo. Dalam serbuan itu polis turut menahan dua lelaki, selain isteri Susilo yang cedera.

Terdahulu, Ketua Polis Nasional itu mengadakan pertemuan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan bila ditanya sama ada benar Noordin dibunuh, Bambang berkata: "Ya... ya.... ya." Laporan awal menyatakan lima mayat dibawa keluar daripada rumah itu, Empat daripada mereka dikenal pasti sebagai Urwah, Maruto, Susilo dan Putri Munaroh. Bagaimanapun, laporan kemudian mengesahkan Putri Munaroh hanya cedera.

Serbuan itu dilakukan awal pagi semalam selepas intipan polis mengesan tujuh suspek di dalam rumah berkenaan. Serbuan itu berakhir sebelum subuh, dan satu letupan kedengaran di dalam rumah berkenaan, kata jurucakap polis. Operasi polis itu turut menyebabkan rumah berkenaan hangus.
Mayat Nordin diterbangkan ke Jakarta bagi menjalani bedah siasat. Indonesia berada dalam tekanan hebat untuk menahan atau membunuh Noordin menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dirancang November ini.


P/S: Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyamham.Semoga dosa-dosanya diampunkan oleh ALLAH.


MINAL AIDIL WA FAIZIN

Assalamualaikum w.b.t...
Tinggal 2 hari lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya.sedih rasa hati ini kerana ini adalah satu-satunya bulan untuk aku mendidik nafsu, menahan lapar dan dahaga sepanjang bulan serta perkara-perkara yg boleh mengurangkan pahala puasa. Pasti aku merindui solat TERAWIH , BERBUKA PUASA beramai-ramai dan BERTADARUS AL-QUARAN. Mampukah aku untuk terus istiqamah mengerjakan amalan sunat yang pasti aku jarang sekali lakukan di bulan yang lain.YA ALLAH aku mohon kekuatan dariMU..Sempena SYAWAL ini ingin sekali aku memohon keampunan atas segala khilaf yang aku lakukan sama ada sedar atau tidak sedar.Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui daripada diriku yang kerdil ini.


Untuk MU TUHAN.....


YA ALLAH aku menadah tangan yg kotor ini YA ALLAH. tangan yg selalu melakukan dosa kepadaMu.Malu aku kepadaMu.tetapi sesungguhnya ENGKAULAH tempat hambaMU yang kerdil ini meminta pertolongan.Ampunkan lah dosa-dosa ibu bapaku , guru-guruku , saudara-maraku , sahabat-sahabatku serta semua muslimin muslimat sama ada yg masih hidup ataupun yang sudah menghadapMU. Sesungguhnya ENGKAU MAHA PENGAMPUN, ENGKAU sukakan KEAMPUNAN, maka ENGKAU AMPUNKANLAH AKU.


YA ALLAH berkatilah hidupku di bulan yg mulia ini. Jauhkanlah aku daripada perkara-perkara maksiat.Pertemukanlah aku dengan bulan Ramadhan yg akan datang.Panjangkan lah umur aku.anadaikan ENGAKAU mahukan nyawaku matikanlah aku dalam IMANA.SesungguhNYA ENGKAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


Untuk Mu UMI & ABAH....


Kepada Umi dan Abah maafkan lah anakmu ini sekiranya anakmu ini sering kali menyakitkan hatimu , mengguriskan hatimu . sungguh aku sesal dengan kesalahan ku. sungguh tidak patut khilaf ku jika dibandingkan dengan segala pengorbanan yg telah umi dan abah lakukan demi membesarkan anakmu ini. Tidak terbalas segala pergorbanan yg telah umi dan abah lakukan sepanjang hayat ku ini. Halalkan makan minum ku.Buat umi maafkan lah anakmu kerana pulang ke kampung agak lewat. Doakanlah kepulangan anakmu semoga selamat.INSYAALLAH.


UNTUK MU GURU...


Buat guru-guruku di sekolah rendah , menengah , matrikulasi dan di UPSI.tidak kira lah di sekolah atau di universiti engkau tetap di panggil pendidik.terima kasih kerana mendidik aku sehingga aku berjaya menjadi seorang insan yang INSYAALLAH akan bergelar seorang GURU. Maaf dipinta sekiranya anak didikmu ini pernah mengecilkan hatimu. ILMU yang diajar INSYAALLAH diberkati olehNYA.


UNTUK MU SAHABAT SEPERJUANGAN...


Wahai sahabat terima kasih kerana sabar dengan rungutanku.sabar dengan karenahku.sabar dengan sifatku yg tidak disenangi. Sesungguhnya ALLAH sahaja yg dapat membalasnya. teruslah sahabat melangkah di alam belajar ini.walaupun banyak ranjau dan duri yang perlu kita lalui.jika aku terjatuh bantu lah aku dan jika engkau jatuh akan ku sambut tanganmu. teruskanlah perjuangan jangan engkau mudah mengalah.sama-samlaah kita membina dan menjaga ukhuwah kita hanya keranaNYA.Terima kasih SAHABAT..


UNTUK MUSLIMIN MUSLIMAT

Marilah kita menyambut hari kemenangan ini dengan penuh rasa kesyukuran kepadaNYA. aku menyusun 10 jari memohon keampunan atas segala khilaf dari hujung kaki hingga kepala. Semoga ALLAH memberkati kalian.


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

~ 9 JENIS ANAK SYAITAN ~



Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :


1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. Wathiin- Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap

Allah.


3. A'awan- Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf- Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada ditempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).


5. Murrah- Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud- Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim - (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akanbertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilangpertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan- Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..


10. Isetan.Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitarLembah Klang, Singapore, Beijing &.....


Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktusembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.


11. Hindusetan- Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, taksedar.... ...jadi lah hindusetan !!!


12. Santan-Yang ini aje nampaknya... . berguna sedikit untuk masak kari dan masaklemak.Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dptpenyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...hmmm

~ 10 MALAM TERAKHIR ~

ASSALAMUALAIKUM..

sungguh pantas masa berlalu.bagaikan terasa baru saje RAMADHAN bermula.kini sudah masuk fasa ke 3 dalam bulan yg mulia ini iaitu FASA DIJAUHKAN DARIPADA API NERAKA. tibalah masa yg ditunggu2 oleh org beriman iaitu satu malam yg lebih baik drpd seribu bulan.
Oleh itu aku ingin mengajak semua umat islam untuk tingkatkan ibadah kita dalam 10 malam terakhir ini.semoga kita dipertemukan dengan LAILATULQADAR.INSYAALLAH.

YANG ANEH DAN YANG PELIK


1. Gas methane yang terdapat pada timbunan najis babi di sebuah kandang haiwan berdekatan dengan Verona, Itali telah diletupkan dengan menggunakan kotak fius. Adalah memeranjatkan bila sahaja fius dinyalakan berlaku ledakan hebat seperti bom yang memusnahkan kandang babi bersama dengan 500 binatang itu yang ada di dalam kandang.Bila letupan berlaku babi berlambungan ke udara dan jatuh berkecai ke bumi. Kekuatan gas pada najis binatang itu adalah cukup hebat yang mana seoerang yang sempat menyaksikan peristiwa itu menganggapnya sebagai peristiwa kiamat.



2. Anggota polis telah dikerahkan untuk menangkap seekor kuda belang yang terlepas ke luar Zoo Marine World, California. Binatang itu sedang menghala ke sebuah jalan raya enam laluan. Dengan menggunakan sebuah kereta peronda polis mengejar kuda belang itu dan akhirnya dapat memintasnya.Anggota polis merasakan kerja mereka mudah dibereskan. Bagaimanapun mereka terperanjat besar bila kuda belang itu menendang pintu keretanya. Kemudian kuda belang itu melompat dan menyebabkan bahagian hadapan kereta turut kemik. Selepas itu kuda itu mengunyah pula stering hingga tertanggal sekali gus mencederakan dua orang pengendali haiwan sebelum berjaya ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam zoo berkenaan.



3. Kakitangan dan pegawai Bandar Raya Toccoa di Georgia, Amerika telah membuat ketetapan bahawa wang orang ramai diharamkan daripada membiayai latihan dan kelas yoga kerana menganggap yoga adalah sejenis latihan memuja iblis dan syaitan.



4. Satu kejadian pelik.. berlaku di daerah Ridgway, Illinois pada tahun 1976. Sebatang perdu pokok yang beratnya kira-kira 500 paun telah dijumpai di merata-rata tempat seperti di rumah orang, dalam kereta, van dan di jalan raya. Tunggul perdu ini akan berada selama satu atau dua hari dan kemudiannya ghaib tanpa dapat dikesan.



5. Seorang wanita, Rosana Vigil berumur 60 tahun telah digempur oleh seorang penjahat di sebuah jalan raya di Denver, Colorado. Penjahat itu lantas memicit mulutnya dan mengeluarkan gigi palsu. Sewaktu membuat laporan kepada polis, Rosana menceritakan setelah melihat tiada emas pada gigi palsunya, penjahat itu membebaskannya dan memberi balik gigi palsu tanpa mengapa-apakannya.



6. Rekod sendawa paling lama hingga setakat ini dipegang oleh seorang lelaki yang bernama Vera Stong dari Tennessee, Amerika. Dia sendawa tanpa berhenti selama 58 hari.



7. Racun ular tedung tidak berbahaya jika diminum



8. Oleh kerana kurangnya katak betina, katak-katak jantan mengamuk di dalam sebuah kolam di Britain pada tahun 1977. Rebutan mendapatkan pasangan untuk persenyawaan di kalangan katak menyebabkan semua ikan emas yang terdapat di dalam kolam itu mati

~HIKMAH PUASA RAMADHAN~


Sempena bulan Ramadhan yg mulia ini aku ingin kongsikan sedikit pengisian mengenai hikmah kita umat ISLAM berpuasa pada bulan RAMADHAN ini.


Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas


Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)


PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya.


RAMAHDAH bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb. Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,kerana mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.


Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."


Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:


"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor." (H.R.Ibnu Khuzaimah)


Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya.
Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan. Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesihatan rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.


Allah berfirman yang maksudnya:

"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:

"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."


Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesihatan bagi rohani dan jasmani kita. InsyaAllah kita akan bertemu kembali.


Allah berfirman yang maksudnya:

"Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.
(s.al-Baqarah:185)


Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?