~SELAMAT BERJUANG DI MEDAN PEPERIKSAAN~








Minggu ini adalah minggu study week.Semua pelajar sibuk dengan mengulang kaji pelajaran. Ada juga dalam cuti study week balik ke kampung. Ada juga yang tidak ambil peduli. Mungkin tarikh examnya yang lambat. Rileks dulu katanya. Bagaimana dengan persediaan untuk mengambil peperiksaan kali ini? Sanggup study sampai tidak tidur. Pastikan solat subuh ya! Jangan kerana nak study perkara yang wajib kita tinggalkan.

Aku telah melangkah ke semester 3. Kali ini aku perlu mengambil peperiksaan untuk 7 kertas. ( banyaknya. sabar2x). Tariknya amat menngujiku. 2hb, 5hb, 6hb, 10hb, 11hb, 12hb, dan 18hb. Persediaan dari awal amat diperlukan.( rajin2x wahai diri utk study ).Tinggal lagi beberapa hari sahaja utk aku menempuh satu peperangan bersama soalan-soalan.

Di kesempatan ini aku ingin memohon kemaafan kepada sahabat-sahabat sekiranya sepanjang hidup ini ada melakukan kekhilafan.Sesungguhnya hambamu ini adalah hamba yang lemah dan tidak boleh lari daripada kesilapan.Kita doakan semoga sama-sama dapat melalui peperiksaan ini dengan baik dan diredhai oleh Allah. InsyaAllah.

P/S: Usaha + Doa + Tawakal.    



- SOKONG BARANGAN ISLAM ( HPA ) -

Pada era sekarang pelbagai produk makanan yang terdapat di pasaran. Sebagai seorang pengguna MUSLIM kita hendaklah peka dengan produk makanan dan barangan sama ada ianya halal atau haram dan daripada mana barangan tersebut. Kini orang Islam telah mempunyai satu kesedaran yang tinggi tentang makanan dan barangan di pasaran.Pelbagai alternatif dalam membantu pengguna Muslim untuk mendapatkan barangan orang islam sendiri.

Antaranya produk yang semakin berkembang maju ialah HPA. Di sini ku sertakan serba sedikit berkenaan dengan HPA. 

 SENARAI LENGKAP PRODUK-PRODUK KELUARAN HPA
 ( dapatkan di sini )

KATALOG PRODUK HPA

( sila layari sini )

P/S;  Saya telah pun menjadi ahli bagi produk HPA.Sekiranya anda pelajar UPSI dan anda hendak membeli barangan HPA anda boleh sertakan nama , no. tel dan alamat di comment atau pinbox. 


                                             ~ PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ~

- JOHORE MATRICULATION COLLEGE ( JMC ) -

Pertama kali ku menjejakkan kaki di JMC terasa syukurku padaNYA walaupun Kolej Matrikulasi Penang menjadi pilihan hatiku. Mungkin ini aturan Allah utk hambaNya ini. Kolej ini adalah tempat untuk aku terus malangkah selepas SPM.

Aku telah ditawarkan dalam kos Sains Fizik. Namun aku tidak berapa sesuai dengan fizik dan memilih untuk mengambil Sains Biologi. Sebelum ku melangkah untuk terus menuntut ilmu ada yang mengatakan kehidupan matrik sungguh mencabar.Belajar dalam masa setahun untuk sillibus yang sangat banyak dan padat. Kalau tak datang kuliah seminngu tu boleh lost..

Aku telah ditempatkan di Kolej Ar-Razi sebagai tempat penginapan ku sepanjang belajar disana. Kolej yang berhadapan dengan Masjid JMC. Masjid ni boleh dikatakan rumah keduaku kerana disana tempatku solat, tempatku belajar dan tempatku mencari ilmu yang tidak boleh didapati daripada kuliah-kuliah. SHIDAH, AINI & MIMI adalah teman sebilikku.Rindu rasanya pada mereka.Banyak perkara yang kami lakukan bersama.

Alhamdullilah aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan belajar disana. Balik kelas mesti kena buat tutorial dan revision. Sekiranya tidak faham jangan ditangguh untuk berjumpa pensyarah.Apa khabar pensyarahku di sana ya? Harapanku semoga sihat dan terus dapat memberikan bakti pada anak bangsa.Masa yang begitu pantas berlalu membuatkan ku rasa tidak puas berada di JMC.

 Banyak kenanganku sepanjang ku berada di JMC. Kini aku terus melangkah sebagai seorang pelajar ke peringkat lebih mencabar lagi. Ku berdoa semoga tidak terjatuh dan berputus asa dalam mencari ilmuNYA. 



~ bersama rakan sekelas ( praktikum sn. hayat 49 ) ~ 

- TAUTAN UKHUWAH RAKAN SURAU -


'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."



peringatan, nasihat & amanat drpd mantan pengerusi ( ckg. zul ) 
sungguh bersemangat sekali.


kehadiran senior yg tidak disangka.
~syukron kerana sudi hadir ckg. TG  ~





persembahan terakhir drpd min sem 7
~ walaupun bersahaja tapi tetap best :)






selamat berjuang wahai abang dan kakakku
semoga istiqamah dalam perjuanganmu
( bj merah- YDP , ckg. shahir x da cz balik kg )


semoga kenangan semalam menjadi kenangan yg terindah dan mendapat keredhaanNYA. INSYAALLAH.( lihat gambar2 lain )





- KATA-KATA ITU -

Apakah matlamat kita jidup di dunia ini? Selepas dilahirkan kita bersekolah rendah dan menengah dan menyambung pelajaran ke universiti, kemudian bekerja , seterusya jika diberi jodoh berkahwin dan sedar-sedar kita dah tua. Adakah hidup kita ini hanya kosong tanpa isi? Tidakkah kita terfikir dengan kehidupan yang lain yg sememangnya menjajanjikan kehidupan yang kekal? Apa yang telah kita lakukan untuk bekalan kehidupan di sana?

Inginkan ku kongsikan sedikit kata-kata buat renungan dan muhasabah diri ini. Kata-kata daripada MANTAN PENGERUSI RAKAN SURAU KHAR 08/09 dalam Ijtimak Hari Raya Rakan Surau malam tadi . Katanya yang ku faham. Kehidupan ini tidak sama dengan orang lain. Kita mempunyai tanggungjawab besar dalam membawa Islam. Sebagai orang Islam kita perlu sedar. Jika bukan kita yang hendak membawa perjuangn ini siapa lagi. Takkan orang bukan Islam yang perlu memikul tanggungjawab ini.

Kita sanggup mengejar benda yang sementara daripada menggapai perkara yang membawa ke alam yang kekal iaitu kehidupan akhirat. Contoh yang dibawa oleh seniorku ini cukup dekat dengan kita dan pastinya itu yang kita lakukan. Katanya kita sanggup berjaga malam untuk mendapatkan segulung ijazah tetapi kita tidak dapat bersengkang mata untuk menghadap YANG MAHA ESA. Kita bersolat hajat untuk menghadapi peperiksaan sehingga terpaksa mengumpulkan orang ramai tetapi kita tidak bersolat hajat untuk memohon hidayah ALLAH. SubhannaAllah sungguh terkesan kata-katanya itu dihatiku. Tetapi cukupkah dengan hanya kesan sahaja tanpa AMAL???

P/s: Sungguh indah kenangan semalam dapat bersama-sama bekumpul untuk saling ingat-mengingati. Kehadiran Cikgu TG juga tidak disangka dan memeriahkan majlis. Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan.InsyaAllah akan ku postkan pic-pic menarik sahabat-sahabiah semua.









~ TUBUH SEHARUM KASTURI ~

                Berdasarkan kitab Al-Akhlaq Al-Islamiyyah lin Nasyi'in terdapat satu cerita yang cukup menggagumkan.

               Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang menjual kain keliling di dalam negeri Syam. Dia berkeliling dari satu daerah ke daerah yg lain. Pemuda ini seorang yg gagah , tampan , dan peramah. Itulah anugerah Allah kepadanya.

                 Pada suatu hari sedang pemuda itu bardagang kainnya , tiba-tiba seorang wanita memanggilnya. Wanita kaya itu mengajak pemuda itu masuk ke dalam rumahnya. Sebaik sahaja pemuda itu masuk, wanita itu terus mengunci pintu rumah. Wanita itu sudah lama terpikat dengan ketampanan pemuda tersebut. Wanita itu telah berkata ' wahai pemuda aku memanggilmu bukan untuk membeli kainmu , tapi semata-mata kerana mencintaimu'.

                  Ketika itu tiada seorang pun di dalam rumah itu. wanita itu telah mengajak pemuda tersebut untuk berzina. walau bagaimanapun pemuda yg bertakwa itu telah mengingatkan akan seksaan ALLAH yg pedih. Namun kata-kata pemuda itu tidak dipedulikan malah membuatkan wanita semakin nekad untuk menakluk pemuda tersebut.

                 Pemuda itu tetap dengan pendirian keimanannya. Oleh kerana pemuda itu tetap menolak, wanita itu telah mengancamnya. Sekiranya pemuda itu tidak menurut kehendaknya wanita itu akan menjerit dan mengatakan ada orang masuk ke rumahnya untuk memperkosanya. Disebabkan kedudukan pemuda pada waktu itu pasti orang-orang akan mempercayai kata-katanya. Pemuda berfikir mencari jalan keluar. Pemuda itu tidak ingin melakukan maksiat tapi tidak mahu juga dihina oleh orang-orang.

             Pemuda itu telah memohon untuk ke bilik air. wanita itu sangat gembira kerana pemuda itu tidak menolaknya lagi. Di dalam bilik air lelaki tersebut telah berfikir bagaimana untuk melepaskan dirinya. Pemuda itu telah memohon petumjuk daripada Allah.
' sesungguhnya di antara golongan yang akan mendapat naungan Allah di Akhirat kelak adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh wanita cantik dan berkedudukan, lalu ia mengatakan ' sungguh aku takut pada ALLAH '.

               Pemuda itu telah mengambil keputusan untuk melumuri tubuhya dengan kotoran. Semoga selepas wanita itu melihatnya pasti merasa jijik lalu menghalau keluar dari rumah. Lalu pemuda itu pun membuang hadas besar dan melumuri seluruh anggotanya dengan najisnya itu. Selepas itu , pemuda itu pun keluar dari bilik air.

             Alangkah marahnya wanita itu dan terus menghalau pemuda itu. Pemuda itu pun terus berjalan pulang dan pura-pura bertingkah laku sebagai orang gila. Pemuda itu telah melalui jalan yang sepi supaya orang lain tidak melihatnya sebagai orang gila kerana akan menjejaskan perniagaannya.

             Setelah tiba di rumah pemuda itu terus membersihkan dirinya. Ketika keluar dari bilik mandi ALLAH telah menunjukkan kekuasaanNYA dengan mengeluarkan haruman yang luar biasa memancar dari seluruh pori-pori tubuhnya. haruman itu tercium dari jarak beberapa meter. Akhirnya pemuda itu dikenali dengan gelaran Al-Miski atau Orang Yang Seharum Kasturi.


- BAGAIMANA ISLAM SEKARANG-

Dunia hari ini melihat ISLAM adalah terorist. Barat telah memainkan pelbagai propaganda supaya ISLAM dikenali sebagai agama penganas di mata dunia. ISLAM tidak lagi dipandang sebagai satu agama yang mulia. Negara-negara ISLAM dijajah. Imej Islam diperkotak-katikkan. Tetapi apa yang telah kita lakukan untuk ISLAM?Hanya berdiam diri? Tapi sampai bila? Benarlah umat ISLAM akhir zaman ibarat buih di lautan tetapi bila dilambung ombak pecah semuanya.



KEGANASAN DI SELATAH THAI










KEGANASAN DI PALESTIN












ISLAM DIHINA











‘‘Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya.” (Surah al-Nisa: 155)

‘‘Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (Surah Ali ’Imran: 112).


"Dan antara manusia, ada orang yang memilih serta membelanjakan hartanya untuk cerita dan perkara hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah." (Surah Lukman, ayat 6).

-DI SEBALIK NILAI TUDUNGMU-



Wanita adalah sebaik-baik kejadian daripada ALLAH. Wanita yang baik adalah wanita yang menurut segala perintah Allah. Walau bagaimana pun sejauh mana kita menurut dan mentaatinya. salah satu daripadanya ialah AURAT WANITA. Satakat mana kita menutup aurat. Adakah dengan mengikut garis-garis yang telah disyariatkan? atau dengan sekadar nye sahaja.

Apakah maksud menutup aurat ysg sebenar? Ramai wanita di luar sana yang tahu tetapi tidak mengendahkannya atau yang memang tidak mengetahuinya langsung.

PEMAKAIAN TUDUNG zaman sekarang terdapat dalam pelbagai cara dan jenis. Ada yang tutup kepala sahaja. ada yang nampak dada. Ada yang labuh. Selain itu, terdapat pelbagai pendapat mengapa mereka memakai tudung. Sebab memang nak tutup aurat, nak bergaya atau dianggap fesyen.



NILAI TUDUNG AKHIR ZAMAN:


1)Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.


2)Tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?


3) Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.


Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.


Marilah kita sama-sama berusaha menjadi wanita yang solehah. SESUNGGUHNYA SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH. JOM BERUBAH!!!!






-BUKU-




Buku ini ku beli 3 bulan yg lepas. Tetapi masih tidak dapat ku habiskan. Nak kata tebal hanya 170 muka surat sahaja.Aku baru sahaja baca sampai 90 muka surat, berbaki 80 muka surat lagi utk ku baca. Akan ku cuba utk habiskan membacanya. Buku ini adalah hasil tulisan pertama Muhd Kamil Ibrahim merupakan seorang Pengarah UITM Segamat, Johor.


P/S: sudah lama tidak menulis. Tetiba teringat nak tulis mengenai buku yg ntah bila hendak ku habis baca.



- PERBEZAAN ISLAM SEKARANG-

Islam adalah agama yang syumul. Islam adalah agama yang bersifat fleksibal, boleh digunakan sepanjang masa dalam kehidupan kita. Tetapi bagaimana dengan Islam yang kita praktikkan sekarang?? Adakah dalam sesetengah perkara sahaja kita menurut apa yang Islam suruh??Sebagai contoh dalam hal-hal perkahwinan , kematian dan masalah-masalah rumah tangga. Tetapi kenapa tidak dalam pergaulan, cara pemakaian, cara kita bekerja dan sebagainya.

Di sini terdapat perbezaan Islam yang diamalkan pada zaman Rasulullah dan pada zaman sekarang.



Jadual di bawah menunjukkan Islam yang diamalkan sewaktu zaman RasuluLlah.

PERKARA

ISLAM RASULULLAH

Al-Quran

Di Jadikan Perlembagaan

Diri Nabi Muhammad S.A.W

Di Jadi Ikutan & Rujukan

Hukum Kanun Jenayah Syariah

Denda Ikut Kehendak Al-Quran

Penghayatan Dalam Islam

Dalam Keseluruhan Kehidupan

Soal Syahadah & Akidah

Jadi Penentu Segala Amalan

Sembahyang,Puasa,Zakat,Haji

Jadi Bukti Taatkan Perentah Allah

Bersalam Antara Bukan Mukhrim

Haram & Terlarang

Berlakon & Pergaulan bebas

Haram & Di Cela

Hukum Hudud

Jadi Perkara Wajib & Disegerakan

Judi & Pengusaha Kegiatan Judi

Di Haramkan & Di Perangi

Arak & Pengusaha Kilang Arak

Di Haramkan & Di Perangi

ISA (Tuduh & Tahan Tanpa Bicara)

Di Haramkan & Di Benci

Aktiviti Rumah Urut

Haram & Di Perangi

Konsert Sensasi Menjana Maksiat

Haram & Di Cegah

Matlamat Perjuangan Sebenar

Kerana Menegakkan Kalimah Allah

Taat & Setia Hanya Kepada

Perintah Allah & Rasul Nya

Perjuangan Demi Mengharapkan

Keredhaan Allah Semata-mata

Pakaian Tudung Bagi Perempuan

Wajib & Tiada Kelonggaran

Meraikan Perayaan Agama Lain

Haram & Terbatal Syahadah

Pertandingan Ratu Cantik

Haram & Sangat Di Tegah

Berpakaian Mengikut Cara Nabi

Ia Menjadi Ikutan Para Sahabat

Pengertian Jihad

Menentang Segala Kemungkaran

Jihad Menentang Kemungkaran

Suatu Yang Amat Tinggi Nilainya

Menegakkan Negara Islam

Mengikut Acuan Al-Quran

Laksanakan Islam Mengikut Syariat

Tuntutan Allah & Rasul



Jadual di bawah nie menunjukkan pengamalan Islam pada masa sekarang khususnya di negara kita yang tercinta, Malaysia..

PERKARA

ISLAM ZAMAN SEKARANG

Al-Quran

Sekadar Untuk Bacaan Sahaja

Diri Nabi Muhammad S.A.W

Jadi Sanjungan & Jajaan

Hukum Kanun Jenayah Syariah

Denda Di Bayar Dengan Wang

Penghayatan Dalam Islam

Dalam Ibadat Semata-mata

Soal Shahadah & Akidah

Jadi Tidak Berapa Penting

Sembahyang,Puasa,Zakat,Haji

Jadi Adat & Ibadat

Bersalam Antara Bukan Mukhrim

Halal & Jadi Suatu Kemestian

Berlakon & Pergaulan bebas

Halal & Di Beri Galakan

Hukum Hudud

Jadi Tak Perlu & Tidak Adil

Judi & Pengusaha Kegiatan Judi

Halal & Diberi Lesen

Arak & Pengusaha Kilang Arak

Halal & Diberi Lesen

ISA (Tuduh & Tahan Tanpa Bicara)

Halal & Di Laksanakan

Aktiviti Rumah Urut

Halal & Diberi Lesen

Konset Sensasi Menjana Maksiat

Halal & Di Promosikan

Matlamat Perjuangan Sebenar

Kerana Keperibadian Bangsa

Taat & Setia Hanya Kepada

Pemimpin & Tanah Air

Perjuangan Demi Mengharapkan

Keredhaan Manusia Semata-mata

Pakaian Tudung Bagi Perempuan

Fesyen & Adat malah TAK WAJIB !!

Meraikan Perayaan Agama Lain

Halal & Diberi Peruntukan

Pertandingan Ratu Cantik

Halal & Ditaja

Berpakaian Mengikut Cara Nabi

Ia Di Anggap Ketinggalan Zaman

Pengertian Jihad

Meninggikan Taraf Ekonomi

Jihad Menentang Kemungkaran

Akan Di Tuduh Pengganas

Menegakkan Negara Islam

Mengikut Acuan Sendiri

Laksanakan Islam Mengikut Syariat

Di Tuduh Pelampau Agama



Marilah kita sama-sama renung dan fikirkan siapa , bagaimana dan apa kita dengan ISLAM. Agama yang telah kita anuti dan diwarisi sejak kita dalam kandungan. JOM sama-sama kita berubah untuk menjadi MUSLIM SEJATI.



Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?