~TRANSFORMASI!!~


Alhamdulillah. syukurku kpd ALLAH..daripada 7 calon yg dihantar Mahasiswa Pendidik 6 calon telah berjaya utk menduduki kerusi MPP..kepda ukhti Faiqah jgn kecewa. disebalik sesuatu pasti ada hikmahnya..perjuangan perlu diteruskan utk menegakkan ISLAM..buat yg berjaya TAHNIAH wa TAKZIAH diucapkan.AMANAH yg perlu dipikul amat besar..Teringat aku kata2 senior..' JIKA ANDA BERASA SELESA DALAM KABINET MPP NANTI , CHECK BALIK APA YG TELAH KITA LAKUKAN. INGAT TANGGUNGJAWAB KITA BESAR DAN BUKAN MUDAH KITA MENGHARUNGINYA KECUALI DENGAN BANTUAN ALLAH'

Semoga sahabat2 tabah dan kuat dari segi mental, emosi dan fizikal..MOHONLAH pada DIA semoga dipermudahkan.INSYAALLAH...

CALON PRK + MAHASISWA PENDIDIK

CALON UMUM




 

CALON FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI





CALON FAKULTI BAHASA





 

FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN





 

~ PERANG PRK ~




p/s: JOM semua warga kampus UPSI merasai bahang PRK yang    bakal menjelang tidak lama lagi. 
      JOM keluar mengundi utk menentukan pemimpin kita.
     

~ PEMERGIAN TERAKHIR DARIMU SAHABAT.... ~

Sahabat,
Raut wajahmu masih lagi segar dalam kotak fikiranku,
Kata-kata mu masih lagi ku ingati,
Walau aku baru hendak mengenalimu,
Engkau telah pergi untuk selamanya.
Allah lebih menyayangi mu.

Hati ini penuh sayu dan pedih,
Apabila mendapat berita kemalanganmu,
Fikiran ini resah memikirkan mu di sana,
Tetapi kuasa Allah tiada tandingannya.



Sahabat,
Engkau pergi dalam kami amat memerlukan mu,
Engkau pergi dalam kami dalam kami tidak bersedia.
Kami redha atas qada' dan qadar YANG MAHA ESA.

Kini engkau telah pergi meninggalkan kami,
Tetapi percayalah kenangan kita bersama akan sentiasa diingati, 
Doa dan ayat-ayat suci kami kirimkan dari jauh,
Semoga rohmu senantiasa dicucuri rahmat ILAHI.
Itulah indahnya persahabatan kerana Allah. INSYAALLAH.


Allahyarham ustaz Faizol.



Allahyarham ustaz Fadhiri


Jenazah Allahyarham ustaz Fadhiri dibawa keluar dr Hospital Teluk Intan.

P/s: AL-FATIHAH kepada dua sahabat yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 Jan 2010 iaitu         UstazFaizol dan Ustaz Fadhiri. Semoga rohmu ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.


~ C****E HARAM?? ~

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
 
Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.
 
Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.
(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)
Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. 

Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.
Surah Al-A'raf ayat 20 :
"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."
 
Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."

Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.
Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.
Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :
couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram
maka, couple = haram (very simple equationsmiley-wink )
 

Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".
Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.
 
Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

P/s: Entry dimasukkan atas permintaan sahabat yg melawat blog ini. Diharapkan dengan entry ini dapat menjawab soalan anda.Post ini bukan dr tulisan sy sendiri tetapi dr tulisan sahabat lain. INSYAALLAH :)  


 

~ TATU + INAI ~



Ukir inai ditangan dilaknat Allah s.w.t!

Datuk Abu Hasan Din al-hafiz memberitahu, terdapat perkara yang kini  dibuat oleh orang perempuan yang melanggar syarak.
Misalnya sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu ditangan.
Jelas Abu Hasan: “Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknati Allah s.w.t. inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu.
“Kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul dihujung jari.
Menurut beliau lagi bagaimana sesebuah perkahwinan itu akan berkat jika dari awal gerbang perkahwinan itu dimulakan dengan perkara yang dilaknat oleh Allah s.w.t..


Hadis yang melarang mengukir inai ala tatu

Merujuk kepada Kitab Terjemahan Hadis Muslim (bilangan 2003)

       “Dari Ibnu Umar r.a katanya: “Bahawasanya Allah mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah) mengutuk pembuat tatu dan yang minta ditatu.”

       Dalam Kitab Terjemahan hadis Sahih Bukhari pula hadis (bilangan 1685) menyebut maksudnya:
    
   Dari Abu Hurairah r.a Nabi S.A.W bersabda: “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar dikulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir).”


 




Oleh itu, perlulah diambil peringatan bahawa bertatu itu bukan sahaja dilarang oleh syara‘ bahkan ia juga dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Seseorang yang dilaknat akan berada jauh daripada mendapat rahmat, taufiq, petunjuk Allah dan jauh daripada segala kebaikan. Janganlah hanya disebabkan kecantikan atau trend kehidupan terkini, seseorang itu sanggup melakukan perbuatan dosa-dosa besar dengan mengetepikan suruhan dan larangan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Ketahuilah bahawa azab seksa Allah Subhanahu wa Ta‘ala itu amat pedih.

~ SEJARAH BULAN ISLAM ~


  1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
    • Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
  2. Safar (ﺻﻔﺮ)
    • Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
  3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
  4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim bunga.
  5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
  6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
  7. Rejab (ﺭﺟﺐ)
    • Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksudkeseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
  8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
    • Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
  9. Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
    • Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
  10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
    • Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
  11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
    • Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
  12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
    • Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.




Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?