~sEmOgA PaNjAnG uMuR~

Alhamdulillilllah , Subhanallah , dan Allahhu Akbar ku mulakan taipan ku di atas ku laptopku ini...
Syukur ku panjatkan kpd Yang Maha Esa kerana aku masih lagi bernyawa dengan nikmat iman dan islam..
Kekangan masa yg menghimpit dengan peperiksaan dan kerja-kerja yg perlu diselesaikan mmbuatkan masa ini pantas berlalu...Alhamdulillah peperiksaan ku berjalan dgn baik.tinggal satu je lg paper pd 18hb.


Dalam bulan Disember ini ada 2 org yg rapat dalam hidup aku telah menyambut kelahirannya. Pertama sekali adalah ABAHKU iaitu pada hari ini ( 14 November 1963 ).Kini abahku sudah masuk 46 tahun.

ABAH...

Selama hidup ini aku sangat berbangga dengan abah. Abah adalah seorang guru dan kini seorang kaunselor selepas berjaya dalam pengajiannya di peringkat Master.Abah seorang yg tegas dengan anak-anaknya. Amat mengambil berat akan soal agama.Contohnya ' dah solat ke belum '  ' pakai tudung tu tarik depan sket bahagian dagu ' dan sering nasihat kan kami. Abah amat berharap kami adik-beradik dapat menjadi anak SOLEH dan SOLEHAH. Ya Allah panjangkanlah umur Abah. Sesungguhnya aku masih tidak bersedia untuk kehilangan Abah dlm hidup ini. Tetapi jika maut itu adalah yg terbaik untuknya Engkau ambillah nyawanya. 






Abah ketahuilah kami sgt menyayagimu.Engkau telah byk berkorban
demi kami sekeluarga. Semoga engkau dipanjangkan umur dan
dimurahkan rezeki~


Yang kedua yg menyambut kelahirannya ialah sahabatku ( NUR ILLYA AMEERA ) iaitu pada 12 Nov lepas.

SAHABAT...


ilya yg mmg suke betulkan tudung org..
( semoga engkau berjaya dlm hidup ini & 
ketahuilah jika engkau bersedih ada org yg boleh membantumu ) 


Perkenalan kita bermula di padang. ( betul ke lya??hehhee ) Pada waktu itulah kita mula menutur kata. Kita jadi rapat apabila sama-sama menonton teater ( tajuknye LAYANG-LAYANG ). semester 1 time tu mmg excited. semua nak explore. Ape yg mereka buat??. Jadi kami decide utk g tgk kat panggung budaya. Kebetulan kami 2 org je yg nak g. Sejak itulah hubungan kita menjadi semakin rapat.Kini kami selalu bersama. kalo g kelas x ada aku atau die pasti org akan bertanya. tapi satu perkara yg tak boleh lagi buat ialah makan sama2. dah tinggal blok yg tak sama. aku masih di blok 1 tapi ilya di blok 3. kami suke makan KENTANG. ( giler kentang ??? ). Semoga perkenalan kita terus berkekalan walau apa pun yg terjadi dan semoga pangjang umur dan dimurahkan rezeki. INSYAALLAH... 


p/s: Bila umur semakin meningkat ketahuilah kita semakin hampir dengan maut.Cukupkah amal kita di dunia ini  untuk dibawa bekalan akhirat kelak??

~CINTA YANG SEMENTARA ~


Saudariku muslimah, salah seorang darimu pernah berkisah, semaklah mudah-mudahan engkau mengambil dapat faedah.



"Mulanya hanyalah perkenalan dan percakapan biasa lewat telefon. Seiring waktu berkembanglah pembicaraan sampai pada kisah cinta dan seterusnya. Dia pun kemudian mengungkapkan cintanya dan berjanji akan meminang saya. Dia meminta agar dibenarkan melihat wajah saya, terang saya menolaknya. Dia mengancam akan memutuskan hubungan. Aku pun menyerah. Kukirimkan fotoku serta surat-surat yang begitu manis penuh rayu. Surat menyurat pun berlangsung selalu. Sampai akhirnya dia meminta untuk berjumpa dan jalan berdua dengannya. Aku menolak dengan keras. Tapi dia mengancam akan menyebarluaskan foto-foto saya serta surat-surat saya dan suara saya yang dirakamnya ketika kami bercakap-cakap lewat telefon. Akhirnya aku pun keluar pergi bersamanya dengan tekad agar boleh pulang segera secepatnya. Ya, akupun pulang akan tetapi dengan mambawa aib dan kehinaan. Ku katakan padanya: Nikahilah aku! Sungguh ini adalah aib bagiku. Maka dia menjawab dengan segenap penghinaan, ejekan dan mentertawakan: "Sesungguhnya aku tidak akan menikahi wanita pezina.

Subhanallah...


Saudariku yang mulia, jika engkau memang memiliki akal untuk berfikir maka dengarkanlah nasihat berikut ini:

  • Janganlah engkau percaya bahawa pernikahan akan mungkin terlaksana hanya karena perkenalan dan percakapan  lewat telefon. Kalaupun memang ini terjadi maka akan mengalami kegagalan dan penyesalan.


  • Janganlah engkau percayai seorang pemuda ketika dia mulai menampakkan kejujuran dan keikhlasannya dan menyatakan sangat menghargai dan menjunjung tinggi kehormatanmu tapi dia mengkhianati keluargamu dengan menelefonmu dan mengajakmu jalan bersama. 


  • Jangan kamu percayai dia ketika dia mulai menyatakan cinta dan berlemah lembut dalam pembicaraannya. Sungguh dia melakukan semua itu dengan tujuan-tujuan busuknya yang tampak jelas bagi orang yang berakal. Akankah dia benar-benar menjunjung tinggi kehormatanmu sementara dia mengajakmu berjumpa dan jalan bersama padahal engkau belum halal baginya?



  • Janganlah engkau percayai para penyeru cinta yang mengharuskan adanya cinta sebelum pernikahan.


Ketahuilah bahwa cinta yang hakiki adalah setelah bernikah. Adapun selain itu, umumnya adalah cinta yang penuh kepalsuan. Cinta yang dibina di atas dusta dan kebohongan, semata-mata untuk bersenang-senang memuaskan hawa nafsu yang tak lama kemudian akan tampaklah kenyataan yang sesungguhnya.

Berapa banyak keluarga yang hancur berantakan padahal mereka telah berpacaran sebelum akad pernikahan dan berjanji akan setia berkasih sayang sepanjang zaman?


Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya bahwa Nabi SAW bersabda: "Pada suatu malam aku bermimpi didatangi dua orang. Keduanya berkata kepadaku, Pergilah! -kemudian beliau menyebutkan hadithnya sampai pada sabdanya  Rasulullah SAW -: "Kemudian kami mendatangi bangunan seperti tempat pembakaranyang di dalamnya terdengar suara gaduh memekik. Kami pun berkumpul. Ternyata di dalamnya terdapat lelaki  dan wanita telanjang yang disambar oleh lidah api dari bawah mereka. Ketika lidah api itu mengenai mereka, merekapun memekik kepanasan dan kesakitan. Ketika Nabi SAW menanyakan hal tersebut kepada malaikat, mereka menjawab: "Adapun lelaki dan wanita yang ada di bangunan tersebut mereka adalah laki-laki dan wanita pezina.

Maka apakah engkau ingin menjadi sebahagian dari mereka wahai saudariku muslimah?

Saudariku,
Setelah engkau baca nasihat di atas maka ketahuilah bahwa pintu taubat senantiasa terbuka bagi siapa saja yang benar-benar ingin bertaubat. Allah berfirman: "Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas akan dirinya (berbuat dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesunggunya Allah mengampuni dosa seluruhnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar : 53)


Maka apabila engkau wahai saudariku telah tenggelam dalam suatu kemaksiatan dan dosa, segeralah bertaubat dengan taubat nasuha sebelum pintu taubat tertutup dan sebelum tubuhmu ditimbun di dalam tanah. Dan pada saat itu tidaklah lagi berguna penyesalan.
Semoga Allah membangunkan kita dari kelalaian yang ada dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, menerima taubat kita, melindungi kita dari adzab qubur dan azab neraka, serta memasukkan kita ke dalam surga Firdaus Al-A’la.




~Tangan usah dikau terbakar disana......




Indahnya 2 tangan yang mempunyai 5 jari setiap satunya.Subhanallah..inilah nikmat yang agung.Tanpa ibu jari,kita gagal utk memegang segala harta benda..kurangnya satu jari,kehidupan menjadi sukar..kurangnya 1 jari kaki,langkah kaki menjadi tidak teratur..
 
Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi yang ingin kamu dustakan..
 
Jasad yang kepenatan,di rebahkan ke sebuah kerusi di hadapan pasaraya Guardian di shoping Kompleks..Menantikan sahabat mencari sesuatu di dalam.Alhamdulillah,kaki dan badan serta fikiran dapat di rehatkan seketika.Halwa telinga di sulami dengan lagu-lagu bingit dari gerai-gerai jualan hanphone buatan Malaysia.
 
Erk!!!....mengapa mereka buat begitu…??..tolong..tolong..tolong mereka..tolong mata ini…Habislah syaitan bersorak gembira.
 
Ya ALLAH..bantulah mereka..
 
Wanita..jangan jatuhkan harga dirimu yang mahal.Membiarkan tanganmu di sentuh,digengam erat penuh kasih sayang palsu bertopengkan nafsu.Dipeluk mesra oleh buaya-buaya ganas kelaparan.
 
Seketika..datang lagi..dan datang lagi pasangan seterusnya..Berjalan menghampiri pasangan lain,semakin menjalar pula tangan-tangan itu.Masya-ALLAH..semuanya melayu dan beragama ISLAM.Di mana ISLAM itu mereka letakkan.ISLAM is deen…Not just religion.!
 
Wahai anak muda ISLAM…tidakkah engkau fikirkan masa depan bakal anak-anakmu kelak?..Anak-anak yang bakal lahir dari kasih sayang berasaskan nafsu syaitan..nafsu keseronokan..bukannya dari CINTA suci Illahi?
 
Dan akhirnya anak-anak itulah yang akan menerima nasib dari sebuah perkahwinan yang telah di cemari dengan noda-noda hitam.
 
Bagaimana pula dengan tanganmu itu?Dapat terlihat dosa-dosa hitam mencurah-curah menitis dari jari –jemari yang mengengam yang bukan halal bagimu..Tangan yang ALLAH berikan sebagai amanah melakukan ibadah,engkau dustakan dengan melakukan dosa besar.
 
Tidakkah engkau tahu,setiap yang dilakukan walaupun sebesar zarah akan di hitung?walaupun mungkin dosa yang engkau lakukan telah lama sekali sehingga terlupa akan kejadiannya..
 
Setiap material di sekeliling..dinding,kerusi,meja,ayam goreng,ais krim,sudu,garfu akan menjadi saksi ALLAH,dan ALLAH akan menjadi pendakwa raya…
 
Aku sedar…dan yakin..anda semua tahu..wahai anak muda.Tetapi di butakan mata demi meraih cinta penuh nafsu.Jiwa Remaja yang mencari kebahagiaann.
 
Mungkin juga dikau ingin lari dari keadaan dosa ini..tetapi tidak mampu kerana wujudnya si pujaan hati di sisi yang sentiasa menyokong dan memeluk erat penuh ‘kasih sayang’ .Menjadi pelindung bagi wanita.Adakah mereka juga mampu melindungimu di sana kelak?
 


Duhai tangan…usahlah dikau terbakar di sana..

~SELAMAT BERJUANG DI MEDAN PEPERIKSAAN~








Minggu ini adalah minggu study week.Semua pelajar sibuk dengan mengulang kaji pelajaran. Ada juga dalam cuti study week balik ke kampung. Ada juga yang tidak ambil peduli. Mungkin tarikh examnya yang lambat. Rileks dulu katanya. Bagaimana dengan persediaan untuk mengambil peperiksaan kali ini? Sanggup study sampai tidak tidur. Pastikan solat subuh ya! Jangan kerana nak study perkara yang wajib kita tinggalkan.

Aku telah melangkah ke semester 3. Kali ini aku perlu mengambil peperiksaan untuk 7 kertas. ( banyaknya. sabar2x). Tariknya amat menngujiku. 2hb, 5hb, 6hb, 10hb, 11hb, 12hb, dan 18hb. Persediaan dari awal amat diperlukan.( rajin2x wahai diri utk study ).Tinggal lagi beberapa hari sahaja utk aku menempuh satu peperangan bersama soalan-soalan.

Di kesempatan ini aku ingin memohon kemaafan kepada sahabat-sahabat sekiranya sepanjang hidup ini ada melakukan kekhilafan.Sesungguhnya hambamu ini adalah hamba yang lemah dan tidak boleh lari daripada kesilapan.Kita doakan semoga sama-sama dapat melalui peperiksaan ini dengan baik dan diredhai oleh Allah. InsyaAllah.

P/S: Usaha + Doa + Tawakal.    



- SOKONG BARANGAN ISLAM ( HPA ) -

Pada era sekarang pelbagai produk makanan yang terdapat di pasaran. Sebagai seorang pengguna MUSLIM kita hendaklah peka dengan produk makanan dan barangan sama ada ianya halal atau haram dan daripada mana barangan tersebut. Kini orang Islam telah mempunyai satu kesedaran yang tinggi tentang makanan dan barangan di pasaran.Pelbagai alternatif dalam membantu pengguna Muslim untuk mendapatkan barangan orang islam sendiri.

Antaranya produk yang semakin berkembang maju ialah HPA. Di sini ku sertakan serba sedikit berkenaan dengan HPA. 

 SENARAI LENGKAP PRODUK-PRODUK KELUARAN HPA
 ( dapatkan di sini )

KATALOG PRODUK HPA

( sila layari sini )

P/S;  Saya telah pun menjadi ahli bagi produk HPA.Sekiranya anda pelajar UPSI dan anda hendak membeli barangan HPA anda boleh sertakan nama , no. tel dan alamat di comment atau pinbox. 


                                             ~ PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ~

- JOHORE MATRICULATION COLLEGE ( JMC ) -

Pertama kali ku menjejakkan kaki di JMC terasa syukurku padaNYA walaupun Kolej Matrikulasi Penang menjadi pilihan hatiku. Mungkin ini aturan Allah utk hambaNya ini. Kolej ini adalah tempat untuk aku terus malangkah selepas SPM.

Aku telah ditawarkan dalam kos Sains Fizik. Namun aku tidak berapa sesuai dengan fizik dan memilih untuk mengambil Sains Biologi. Sebelum ku melangkah untuk terus menuntut ilmu ada yang mengatakan kehidupan matrik sungguh mencabar.Belajar dalam masa setahun untuk sillibus yang sangat banyak dan padat. Kalau tak datang kuliah seminngu tu boleh lost..

Aku telah ditempatkan di Kolej Ar-Razi sebagai tempat penginapan ku sepanjang belajar disana. Kolej yang berhadapan dengan Masjid JMC. Masjid ni boleh dikatakan rumah keduaku kerana disana tempatku solat, tempatku belajar dan tempatku mencari ilmu yang tidak boleh didapati daripada kuliah-kuliah. SHIDAH, AINI & MIMI adalah teman sebilikku.Rindu rasanya pada mereka.Banyak perkara yang kami lakukan bersama.

Alhamdullilah aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan belajar disana. Balik kelas mesti kena buat tutorial dan revision. Sekiranya tidak faham jangan ditangguh untuk berjumpa pensyarah.Apa khabar pensyarahku di sana ya? Harapanku semoga sihat dan terus dapat memberikan bakti pada anak bangsa.Masa yang begitu pantas berlalu membuatkan ku rasa tidak puas berada di JMC.

 Banyak kenanganku sepanjang ku berada di JMC. Kini aku terus melangkah sebagai seorang pelajar ke peringkat lebih mencabar lagi. Ku berdoa semoga tidak terjatuh dan berputus asa dalam mencari ilmuNYA. 



~ bersama rakan sekelas ( praktikum sn. hayat 49 ) ~ 

- TAUTAN UKHUWAH RAKAN SURAU -


'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."



peringatan, nasihat & amanat drpd mantan pengerusi ( ckg. zul ) 
sungguh bersemangat sekali.


kehadiran senior yg tidak disangka.
~syukron kerana sudi hadir ckg. TG  ~





persembahan terakhir drpd min sem 7
~ walaupun bersahaja tapi tetap best :)






selamat berjuang wahai abang dan kakakku
semoga istiqamah dalam perjuanganmu
( bj merah- YDP , ckg. shahir x da cz balik kg )


semoga kenangan semalam menjadi kenangan yg terindah dan mendapat keredhaanNYA. INSYAALLAH.( lihat gambar2 lain )





Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?