Hari ini adalah hari yang terakhir bg 2009. Esok bermulalah tahun 2010. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Banyak perkara lagi yang harus ku lakukan dalam mencapai matlamat hidup yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada umat manusia.
Antara perkara yang boleh dikongsikan dalam tahun 2009 ini adalah :
- Aku telah ditaklifkan sebagai SU Rakan Surau dan RPA peringkat kolej. Amanah ku pikul ini belum lagi mampu ku laksanakan dengan baik. Selepas ini SU Rakan Surau akan ku lepaskan kepada adik2 dan aku masih lagi memegang SU RPA. Semoga tanggungjawab ini akan ku laksanakan dengan lebih baik lagi kerana pengalaman yang sebelumnya telah mengajarku. INSYAALLAH.
- Adik ku telah mengambil peperiksaan UPSR dan telah mendapat 4A 1B. Semoga usaha Mariah tidak terhenti di sini sahaja. Perjalanan hidupmu masih panjang dan banyak perkara lagi yang perlu dipelajari.
- Aku telah mendapat keluarga angkat semasa mengikuti program BAKTISISWA peringkat kolej di Temerloh , Pahang. Kepada keluarga disana sekiranya ada kesempatan waktu akan ku lawati di sana.
- Perpisahan dengan kakak-kakak kesayangan yang akan berpraktikum cukup menyedihkan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jika tidak mahu akan perpisahan jangan adakan pertemuan :) Syukron diucapkan kepada kakak-kakak yang sudi memberi tunjuk ajar kepada kami. Banyak kenangan kita bersama yang pasti menjadi lipatan kemas dalam hati ini. Sayang kamu kerana ALLAH. INSYAALLAH.
kenangan bersama kakak-kakak semester 7
adikku MARIAH yang akan bersekolah menengah tahun hadapan.
0 comments:
Post a Comment