Ukir inai ditangan dilaknat Allah s.w.t!
Datuk Abu Hasan Din al-hafiz memberitahu, terdapat perkara yang kini dibuat oleh orang perempuan yang melanggar syarak.
Misalnya sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu ditangan.
Jelas Abu Hasan: “Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknati Allah s.w.t. inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu.
“Kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul dihujung jari.
Menurut beliau lagi bagaimana sesebuah perkahwinan itu akan berkat jika dari awal gerbang perkahwinan itu dimulakan dengan perkara yang dilaknat oleh Allah s.w.t..
Hadis yang melarang mengukir inai ala tatu
Merujuk kepada Kitab Terjemahan Hadis Muslim (bilangan 2003)
“Dari Ibnu Umar r.a katanya: “Bahawasanya Allah mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah) mengutuk pembuat tatu dan yang minta ditatu.”
Dalam Kitab Terjemahan hadis Sahih Bukhari pula hadis (bilangan 1685) menyebut maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a Nabi S.A.W bersabda: “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar dikulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir).”
Oleh itu, perlulah diambil peringatan bahawa bertatu itu bukan sahaja dilarang oleh syara‘ bahkan ia juga dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Seseorang yang dilaknat akan berada jauh daripada mendapat rahmat, taufiq, petunjuk Allah dan jauh daripada segala kebaikan. Janganlah hanya disebabkan kecantikan atau trend kehidupan terkini, seseorang itu sanggup melakukan perbuatan dosa-dosa besar dengan mengetepikan suruhan dan larangan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Ketahuilah bahawa azab seksa Allah Subhanahu wa Ta‘ala itu amat pedih.
2 comments:
salam..
bagus betul maklumat ni..
terima kasih..
salam awak sy tertarik dengan mklumat about tatu nie.. sy pernah la dengar tntg haram nyer tatu inai nie xsangka it is seriuss... so sy ak pinjam maklumat ini tuk di kongsi bersama sahabat2 saya.. hope awak xkisah..
Post a Comment