Nur Hafizah Binti Abdul Halim 2 Mac 1989 (21 tahun) Anak pertama daripada 6 orang adik beradik Dilahirkan di Segamat, Johor dan kini menetap di Melaka.
Ex SK Abu Bakar 2, SK Batu Gajah, SMK Telok Mas, & Kolej Matrikulasi Johor Pelajar dan penuntut UPSI Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik Fakulti Sains dan Teknologi
Wanita ibarat bunga,cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya kerana akhlak itu umpama bunga diri. Tiada guna berwajah cantik tetapi buruk akhlaknya dan hatinya kosong dari ilmu. Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukuman ke atas mereka: walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
“ DUNIA ADALAH PERHIASAN. SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA YANG SOLEHAH”.- riwayat Muslim -
" Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong , hanyut dan terbiar; Pemuda yang tiada peribadi bersikap seperti kera; Pemuda yang tiada akhlak , yang lebih dekat dengan binatang ; Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan ; Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka ; tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya. "
IMAM SYAHID HASAN AL-BANNA
" Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah sahaja dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain. Jika kau mencari kebenaran , maka kau dapati setiap banda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah ALLAH"
MUSTAFA MASYHUR
" Bila jalan dakwah merupakan jalan yang terbaik sekali untuk mencapai matlamat teragung, maka beriltizam melalui perjalanan tersebut adalah merupakan kemuncak bagi seseorang al-akhul Muslim. Ia bukanlah perkara kecil baginya. Ia mesti berkeyakinan penuh , serta sentiasa percaya dengan sesungguhnya bahawa arah yang dituju adalah selamat dan ia berada di atas jalan yang betul bagi menunaikan kewajipan dan tuntutan Islam. "
ZAINAB AL-GHAZALI
"...... Mari kita berjanji , berjanji sepenunhya antara lelaki dan wanita ; wanita yang pada umurnya 18 ; memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku...."
SAYYID QUTB
" Kepadamu waha ibu , kutujukan buku ini ( buku beliau al-Taswir al-Fanni fi al-Quran ). Ketika desa kita berkumandang dengan bacaan al-Quran dari rumah kita, sepanjang bulan Ramadhan, yang duduk di sisimu turut manakala sebagai mana anak-anak yang lain, engkau segera memberi isyarat tegas dan aku segera mengerti lalu turut bersamamu menghayati alunan bacaannya, walaupun aku tidak mengerti maknanya. Ketika aku membesar di dalam belaianmu, engkau menghantarku ke sekolah asas di desa. Impian pertamamu padaku ialah agar aku mengahafal al-Quran dan dengan anugerah Allah aku menghafalnya serta membacakannya kepadamu setiap masa.'
0 comments:
Post a Comment