~ KEMBALI MENULIS ~

Sudah terlalu lama aku tidak mencoretkan sesuatu di ruangan blog ku ini. Hampir sebulan entry ku tidak terisi dengan apa-apa post. Mungkin masa semakin menghimpit kehidupan dengan kesibukan aktiviti-aktiviti yang perlu ku laksanakan. Keadaan wireless di kolej yang kurang baik juga membuatkan ku bertambah malas untuk menaip.
  

Semoga Allah memberikan ku kekuatan untuk terus menyampaikan sesuatu yang bermanfaat di alam maya ini.



~insan yang hina~

~ AL-FATIHAH SYEIKH SAYYID TANTAWI ~

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Syeikhul Azhar, Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Riyadh, Arab Saudi ketika usianya 82 tahun. Beliau wafat pada pagi hari ini (Rabu) 10 Mac 2010 akibat serangan jantung sebagaimana yang dilaporkan akhbar-akhbar. Tujuan beliau ke Riyadh ialah untuk menghadiri majlis Anugerah Al-Malik Faisal. Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid, Riyadh, beliau diserang sakit jantung secara tiba-tiba sedangkan sebelum itu beliau berada dalam keadaan sihat. Ketika itu, beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sana.

Anak lelakinya, Amru Muhammad Sayyid Tantawi berkata, persetujuan telah dicapai bahawa ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi' di Madinah Al-Munawwarah.

Profil Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah

Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1928 di Kampung Salim As-Syarqiyyah di Muhafazah Sohaj di So'id Misr. Beliau menghafaz Al-Quran dan belajar di Iskandariah/Alexandaria, Mesir.

Memperoleh PhD dalam bidang Hadith dan Tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat Mumtaz (cemerlang). Berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kuliah Usuluddin, kemudian beliau mengajar di Libya selama 4 tahun dan di Madinah Al-Munawwarah pula sebagai Dekan Kuliyyah Ad-Dirasat Al-'Ulya di Universiti Islam Madinah. Kemudian, beliau pulang semula ke Kaherah.

Pada 28 Oktober 1986, beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negara Mesir. Pada tahun 1996, beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar.

Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama terbilang di Al-Azhar yg mahir dalam bidang Tafsir dan mempunyai karya-karya penulisan yang bermutu.

Peribadinya

Syeikh Sayyid Tantawi walaupun seorang yang berkedudukan tinggi di dalam kerajaan Mesir, namun sedikit pun tidak memberikan kesan kepada kehidupannya. Malah terkenal sebagai seorang yang zuhud, tenang dan sejuk mata memandang. Butir-butir kalam yang keluar daripada beliau mampu menusuk ke jiwa sanubari sesiapa yang ingin memahaminya.

Syeikh Sayyid Tantawi merupakan seorang yang sangat kuat membaca dan terlalu asyik jika membaca, sehingga diceritakan beliau terpaksa menyuruh salah seorang pembantunya untuk menunggu dan mengingatkan kepada beliau bilamana waktu solat telah masuk, bimbang terlepas waktu solat. Ini kerana jika beliau mula membaca pada awal pagi, maka beliau hanya akan tamat membaca jika telah masuk waktu Zohor. Ini adalah rutin kehidupan beliau.

Bilamana meneliti kehidupan beliau, seolah-olah terpancar sinar para ulama terdahulu yang terlalu asyik dan masyuk ketika membaca. Kisah Imam Isnawi rahimahullah yang membaca bermula selepas Isyak sehinggalah terlepas solat Subuh hanya kerana terlalu asyik membaca dan menulis sehingga tidak sedar bahawa matahari semakin meninggi. Beliau hanya menyedari bahawa subuh telah tamat bilamana cahaya matahari memancar ke wajahnya. Masya Allah, begitu asyik sekali membaca seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Berbeza dengan sikap 'pewaris para ulama' sekarang, lebih banyak tidur daripada membaca. Apa yang berlaku kepada kita, adalah sebalik daripada cerita Imam Isnawi rahimahullah dan Imam Tantawi rahimahullah.

Karya-karyanya

- Bani Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah (1969)

- At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim (1972)
- Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990)
- Muamalat Al-Bunuk wa Ahkamuha As-Syar'iyyah (1991)


Kontroversi Semasa Hidupnya

Memang tidak dinafikan Syeikh Tantawi rahimahullah pernah mengeluarkan fatwa yang kelihatan kontroversi tetapi mungkin fatwa itu dikeluarkan atas faktor-faktor tertentu yang tidak kita ketahui. Maka, lebih selamat jika kita serahkan urusan-urusan sebegini kepada mereka yang layak dan tahanlah lidah kita daripada mengecam serta mencerca para ulama.

Berkata Ibnu Asakir:

"Sesungguhnya daging para ulama itu beracun.
"

Daripada Ibnu Umar ra, sabda Rasulullah saw:

"Sebutlah kebaikan-kebaikan orang-orang yang mati di kalangan kamu dan tahanlah (diri kamu) daripada menyebut kesalahan-kesalahan mereka."


(Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Hibban, At-Tabrani, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)

Semoga Allah menempatkan beliau bersama para anbiya dan solihin. Amin.

Rujukan:
http://lamanulama.blogspot.com/2010/03/syeikhul-azhar-syeikh-tantawi-kembali.html
http://nazrulnasir.blogspot.com/2010/03/belasungkawa-syaikhuna-al-allamah.html
http://tamanulama.blogspot.com/

~ KECANTIKAN~


Kecantikan Lelaki
 
Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi
pada murni rohani
Lelaki yang cantik.....
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..
 
 
 
 
Kegagahan Wanita
 
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.....
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah
ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...
 

~ NAFSU OH NAFSU...~

 
Allah swt menegaskan :-
إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf : 53)
 

BAGAIMANA MENGEKANG NAFSU ?
 
Ringkasnya, saya ingin mengingatkan yang bertanya dan kita semua bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan tugas yang mudah. Itulah sifat sebuah peperiksaan penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh, ikhlas dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?.  Bagi yang berjaya, tempatnya amat hebat di Syurga Allah swt.
 
Justeru, kita tida perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.
Apa yang perlu adalah : -
  • Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.
  • Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.
  • Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.
Kesimpulannya, proses ini memerlukan kepada pantang larang dan kemestian. Ada yang pelru pantang dan ada yang perlu dibuat. Ia proses sunnatullah untuk segala jenis penyembuhan sama ada hati dan iman yang berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.
 
Bagi nafsu syahwat seks 'gelap' pula, kekuatan iman perlu dipasak awal, kita perlu yakin dan faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :  
  • azab api neraka,
  • azab kubur,
  • mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
  • kejauhan dari rahmat Allah swt serta
  • tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
  • dan lain-lainnya.
Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat  banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
  • penceraian akan berlaku akibatnya,
  • pasangan zina mengandung,
  • bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
  • mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
  • apa akan jadi kepada anak-anak ?,
  • kejian masyarakat,
  • ditangkap basah dan diumum di media,
  • adik beradik mengeji,
  • akan dijangkiti AIDS,
  • dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat
  • dan banyak lagi boleh disenaraikan.
Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.
Sehubungan itu, tentulah proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks 'gelap' ini adalah  dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya. InshaAllah ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

~TRANSFORMASI!!~


Alhamdulillah. syukurku kpd ALLAH..daripada 7 calon yg dihantar Mahasiswa Pendidik 6 calon telah berjaya utk menduduki kerusi MPP..kepda ukhti Faiqah jgn kecewa. disebalik sesuatu pasti ada hikmahnya..perjuangan perlu diteruskan utk menegakkan ISLAM..buat yg berjaya TAHNIAH wa TAKZIAH diucapkan.AMANAH yg perlu dipikul amat besar..Teringat aku kata2 senior..' JIKA ANDA BERASA SELESA DALAM KABINET MPP NANTI , CHECK BALIK APA YG TELAH KITA LAKUKAN. INGAT TANGGUNGJAWAB KITA BESAR DAN BUKAN MUDAH KITA MENGHARUNGINYA KECUALI DENGAN BANTUAN ALLAH'

Semoga sahabat2 tabah dan kuat dari segi mental, emosi dan fizikal..MOHONLAH pada DIA semoga dipermudahkan.INSYAALLAH...

CALON PRK + MAHASISWA PENDIDIK

CALON UMUM




 

CALON FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI





CALON FAKULTI BAHASA





 

FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN





 

~ PERANG PRK ~




p/s: JOM semua warga kampus UPSI merasai bahang PRK yang    bakal menjelang tidak lama lagi. 
      JOM keluar mengundi utk menentukan pemimpin kita.
     

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?