~ C****E HARAM?? ~

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
 
Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.
 
Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.
(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)
Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. 

Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.
Surah Al-A'raf ayat 20 :
"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."
 
Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."

Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.
Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.
Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :
couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram
maka, couple = haram (very simple equationsmiley-wink )
 

Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".
Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.
 
Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

P/s: Entry dimasukkan atas permintaan sahabat yg melawat blog ini. Diharapkan dengan entry ini dapat menjawab soalan anda.Post ini bukan dr tulisan sy sendiri tetapi dr tulisan sahabat lain. INSYAALLAH :)  


 

~ TATU + INAI ~



Ukir inai ditangan dilaknat Allah s.w.t!

Datuk Abu Hasan Din al-hafiz memberitahu, terdapat perkara yang kini  dibuat oleh orang perempuan yang melanggar syarak.
Misalnya sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu ditangan.
Jelas Abu Hasan: “Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknati Allah s.w.t. inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu.
“Kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul dihujung jari.
Menurut beliau lagi bagaimana sesebuah perkahwinan itu akan berkat jika dari awal gerbang perkahwinan itu dimulakan dengan perkara yang dilaknat oleh Allah s.w.t..


Hadis yang melarang mengukir inai ala tatu

Merujuk kepada Kitab Terjemahan Hadis Muslim (bilangan 2003)

       “Dari Ibnu Umar r.a katanya: “Bahawasanya Allah mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah) mengutuk pembuat tatu dan yang minta ditatu.”

       Dalam Kitab Terjemahan hadis Sahih Bukhari pula hadis (bilangan 1685) menyebut maksudnya:
    
   Dari Abu Hurairah r.a Nabi S.A.W bersabda: “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar dikulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir).”


 




Oleh itu, perlulah diambil peringatan bahawa bertatu itu bukan sahaja dilarang oleh syara‘ bahkan ia juga dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Seseorang yang dilaknat akan berada jauh daripada mendapat rahmat, taufiq, petunjuk Allah dan jauh daripada segala kebaikan. Janganlah hanya disebabkan kecantikan atau trend kehidupan terkini, seseorang itu sanggup melakukan perbuatan dosa-dosa besar dengan mengetepikan suruhan dan larangan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Ketahuilah bahawa azab seksa Allah Subhanahu wa Ta‘ala itu amat pedih.

~ SEJARAH BULAN ISLAM ~


  1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
    • Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
  2. Safar (ﺻﻔﺮ)
    • Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
  3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
  4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim bunga.
  5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
  6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
  7. Rejab (ﺭﺟﺐ)
    • Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksudkeseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
  8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
    • Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
  9. Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
    • Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
  10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
    • Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
  11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
    • Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
  12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
    • Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.




~ PERKARA 2009 ~

Hari ini adalah hari yang terakhir bg 2009. Esok bermulalah tahun 2010. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Banyak perkara lagi yang harus ku lakukan dalam mencapai matlamat hidup yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada umat manusia.

Antara perkara yang boleh dikongsikan dalam tahun 2009 ini adalah :

  •  Aku telah ditaklifkan sebagai SU Rakan Surau dan RPA peringkat kolej. Amanah ku pikul ini belum lagi mampu ku laksanakan dengan baik. Selepas ini SU Rakan Surau akan ku lepaskan kepada adik2 dan aku masih lagi memegang SU RPA. Semoga tanggungjawab ini akan ku laksanakan dengan lebih baik lagi kerana pengalaman yang sebelumnya  telah mengajarku. INSYAALLAH.


  • Adik ku telah mengambil peperiksaan UPSR dan telah mendapat 4A 1B. Semoga usaha Mariah tidak terhenti di sini sahaja. Perjalanan hidupmu masih panjang dan banyak perkara lagi yang perlu dipelajari.


  • Aku telah mendapat keluarga angkat semasa mengikuti program BAKTISISWA peringkat kolej di Temerloh , Pahang. Kepada keluarga disana sekiranya ada kesempatan waktu akan ku lawati di sana.


  • Perpisahan dengan kakak-kakak kesayangan yang akan berpraktikum cukup menyedihkan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jika tidak mahu akan perpisahan jangan adakan pertemuan :) Syukron diucapkan kepada kakak-kakak yang sudi memberi tunjuk ajar kepada kami. Banyak kenangan kita bersama yang pasti menjadi lipatan kemas dalam hati ini. Sayang kamu kerana ALLAH. INSYAALLAH.   







kenangan bersama kakak-kakak semester 7




adikku MARIAH yang akan bersekolah menengah tahun hadapan.





~ PANTASNYA MASA BERLALU ~





Tahun HIJRAH sudah pun berganti. Kini tahun 2010 bakal menjelang. Tahun berganti tahun , terasa cepat ku rasa masa berlalu. Apa yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini? Bertambah baikkah atau sebaliknya?
Bagaimana bekalan akhiratku? Masih berjumpakah aku akan tahun seterusnya? Persoalan ini berlegar-legar dalam pemikiranku. 
 Bagaimana dengan sahabat-sahabat??



~ AHMADINEJAD ~



AHMADINEJAD 
SINGA BARU DUNIA ISLAM





Aku ingin sekali mengetahui perihal peribadinya yang sangat berani menentang kuasa besar sepertiAmerika.Bagaimana beliau terlibat dalam bidang politik sehingga berjaya menjadi PRESIDEN IRAN hingga ke hari ini membuatkan ramai orang kagum dengannya. Mempunyai  sifat yang rendah diri dan kehidupan yang sederhana membuatkan aku ingin mendalami  tentang dirinya.Tenaga nuklear yang dihasilkan di IRAN membuatkan kuasa Barat tidak berpuas hati.





Sekiranya sahabat-sahabat nak tahu lebih lanjut sila dapatkan buku ini :




Buku ini ku beli semasa menghadiri WEHDAH 09 di USIM
Belum habis ku baca :(





" Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya , mengapa kamu pula yang boleh memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear inibaik untuk kamu ,mengapa kami tidak boleh  menggunakannya? "







  




~ Pemanasan Global ~



Isu pemanasan global kini hangat diperkatakan di peringkat antarabangasa. Pelbagai kempen dan demokrasi diadakan bagi meningkatkan kesedaran penduduk dunia. Dunia kini semakin tua.  Di sini ku sertakan gambar-gambar yang menunujukkan pemanasan global.


BEFORE: Take a look at Agassiz Glacier, in this photograph taken in 1913, near Boulder Pass, Glacier National Park. 





AFTER: Shepard Glacier from Pyramid Peak, Glacier National Park, photographed in 2005.



Polar bears threatened by thaw across the Arctic




ice semakin mencair



“Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman (mempercayainya).”Al Mu’min (40) : 59



“Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan Bumi dan apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan benar. Dan sesungguhnya saat (kiamat) itu pasti akan datang, . . .”Al Hijr (15) : 85


Dan apabila Letupan datang, Pada hari seorang lelaki lari daripada saudara lelakinya, Dan ibunya, dan bapanya, Dan isterinya, dan anak-anaknya, Setiap lelaki, pada hari itu, ada hal yang mencukupi baginya." (80:33-37)








Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?