-DI SEBALIK NILAI TUDUNGMU-



Wanita adalah sebaik-baik kejadian daripada ALLAH. Wanita yang baik adalah wanita yang menurut segala perintah Allah. Walau bagaimana pun sejauh mana kita menurut dan mentaatinya. salah satu daripadanya ialah AURAT WANITA. Satakat mana kita menutup aurat. Adakah dengan mengikut garis-garis yang telah disyariatkan? atau dengan sekadar nye sahaja.

Apakah maksud menutup aurat ysg sebenar? Ramai wanita di luar sana yang tahu tetapi tidak mengendahkannya atau yang memang tidak mengetahuinya langsung.

PEMAKAIAN TUDUNG zaman sekarang terdapat dalam pelbagai cara dan jenis. Ada yang tutup kepala sahaja. ada yang nampak dada. Ada yang labuh. Selain itu, terdapat pelbagai pendapat mengapa mereka memakai tudung. Sebab memang nak tutup aurat, nak bergaya atau dianggap fesyen.



NILAI TUDUNG AKHIR ZAMAN:


1)Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.


2)Tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?


3) Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.


Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.


Marilah kita sama-sama berusaha menjadi wanita yang solehah. SESUNGGUHNYA SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH. JOM BERUBAH!!!!






1 comments:

NotA HaTi SeOraNg LeLaKi said...

salam..
menarik. teruskan..
hehehe

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?