~ CuTiKu & PrOGrAm~

Bismillahir rahman ni rahim..


Tamat sahaja final exm ku semalam aku mula mengatur jadual ku yg penuh dengan program. InsyaAllah program yg penuh dengan ilmu. ( ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TIDAK BERBUAH )


Pagi ini pada pukul 11.30 pagi aku akan bertolak ke JANDA BAIK , PAHANG. Program yang dianjurkan oleh PUSAT ISLAM UPSI untuk bengkel pemantapan RAKAN PENGGERAK AD-DIN. Semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang. Diharap dengan adanya bengkel ini dapat memantapkan RPA utk masa akan datang. Program ini akan diadakan selama 3 hari iaitu 19hb hingga 21 hb.


Pada 22 hb program ku bersambung ke USIM hingga 25 hb. Universiti yg pada awalnye menjadi pilihan hatiku. aku ke sana utk mengikuti  PROGRAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 (WEHDAH 09). Inilah program yg aku tunggu2.pasti byk ilmu yg akn ku peroleh.


Kemudian selepas RAYA HAJI aku akan mengikuti BAKTISISWA di PAHANG anjuran kolejku  
( KHAR ). Program ini aku tidak pernah ikuti lg. Semoga mendapat pengalaman yg berharga di negeri PAHANG. Program ini dr 2hb hngga 5 hb.





P/s: 

  • Kepada kakakku semester 7 ( k.mashaliza, k. ateh, k. dayah & k.fazlina ain )  dan sahabatku          (roomate) jgn bersedih tidak dpt ikuti ke Janda Baik. Sesungguhnya kudrat mu diperlukan di sana. Semoga Allah memberkati usaha kita. INSYAALLAH.
  • Kepada roomateku lg sekali jgn bersedih krn tidak dapat ikuti WEHDAH09. percayalah peraturan dan perancangan ALLAH adalah yg terbaik utk kita.
  • Kepada rakan-rakan yg mengikuti program semoga kita sama-sama dpt menafaat dan membawa perubahan dengan ISLAM. Semoga ALLAH memberkati amal kita. INSYAALLAH.




ABDURRAHMAN AS-SA'DIY MUFASSIR


Syaikh Abdurrahman As Sa’di
Beliau adalah Al ‘Allamah (seorang yang sangat dalam ilmunya), sangat wara’, zuhud, warisan generasi salaf Syaikh Abu Abdillah Abdurrahman bin Nashir bin Abdillah ibn Nashir ibn Hamd Aal Sa’dy Al-Tamimi Al-Najdy Al-Hanbaly.

Kelahirannya

Beliau dilahirkan di kota ‘Unaizah, Qashim, 12 Muharram 1307H.

Latar Belakang Hidupnya

Beliau dari kecil sudah menjadi yatim-piatu. ibundanya telah meninggal pada tahun 1310, saat beliau masih berumur 4 tahun; ayah meninggal pada tahun 1313H ketika beliau menginjak umur 7 tahun. Lalu beliau diasuh oleh Ibu tirinya, ia memberikan perhatian yang besar kepada beliau, sehingga beliau amat disayanginya melebihi kasih sayangnya kepada anak-anaknya sendiri, demikian pula saudaranya. Kemudian beliau pindah ke rumah abang tertuanya, Hamd. Maka, Hamd –lah yang memelihara dan mendidiknya. Hamd adalah seorang yang shalih, selalu menjaga hafalan Al-Qur'an dan melaksanakannya. Bapanya adalah termasuk dari keturunan ulama, imam masjid di Unaizah, dan sebelum wafatnya ia mewasiatkan kepada anak tertuanya, Hamd, untuk memeliharan beliau.

Mencari Ilmu

Beliau adalah orang yang begitu bersemangat dalam mencari ilmu. Beliau telah hafal Al-Qur'an secara sempurna pada usia 12 tahun. Beliau juga belajar kepada para ulama yang ada di Unaizah dan di kota-kota sekitarnya serta ulama-ulama yang datang dan bermukim di Unaizah. Beliau menghabiskan waktunya untuk belajar dan belajar hingga beliau mampu mencapai ketinggian ilmu yang tiada bandingnya seusianya di zamannya

Akhlaq Beliau

Sejak masa pendidikan awal hingga beranjak remaja, beliau dikenal sebagai seorang yang shalih, menjaga aturan agama, cinta kebaikan, santun kepada orang fakir dan dhuafa. Beliau juga sangat cerdas, suka berdiskusi, tawadhu, santun akhlaqnya dalam bermuamalah baik kepada orang dewasa maupun kawan sebaya dan anak kecil, wara, lagi zuhud.
Beliau pernah ditawar untuk menjadi hakim pada tahun 1360H (usia 53 tahun), namun beliau menolaknya karena kesibukannya dalam masalah ilmu. Beliau sangat berjiwa besar, murah senyum, tidak mudah marah, banyak di berkumpul bersama orang umum maupun kelompok orang-orang tertentu, dan mudah dalam berbahasa kepada orang lain. Pandangan-pandangan beliau sangat dihormati dan didengar oleh pemerintah serta dicintai oleh masyarakat.



~sEmOgA PaNjAnG uMuR~

Alhamdulillilllah , Subhanallah , dan Allahhu Akbar ku mulakan taipan ku di atas ku laptopku ini...
Syukur ku panjatkan kpd Yang Maha Esa kerana aku masih lagi bernyawa dengan nikmat iman dan islam..
Kekangan masa yg menghimpit dengan peperiksaan dan kerja-kerja yg perlu diselesaikan mmbuatkan masa ini pantas berlalu...Alhamdulillah peperiksaan ku berjalan dgn baik.tinggal satu je lg paper pd 18hb.


Dalam bulan Disember ini ada 2 org yg rapat dalam hidup aku telah menyambut kelahirannya. Pertama sekali adalah ABAHKU iaitu pada hari ini ( 14 November 1963 ).Kini abahku sudah masuk 46 tahun.

ABAH...

Selama hidup ini aku sangat berbangga dengan abah. Abah adalah seorang guru dan kini seorang kaunselor selepas berjaya dalam pengajiannya di peringkat Master.Abah seorang yg tegas dengan anak-anaknya. Amat mengambil berat akan soal agama.Contohnya ' dah solat ke belum '  ' pakai tudung tu tarik depan sket bahagian dagu ' dan sering nasihat kan kami. Abah amat berharap kami adik-beradik dapat menjadi anak SOLEH dan SOLEHAH. Ya Allah panjangkanlah umur Abah. Sesungguhnya aku masih tidak bersedia untuk kehilangan Abah dlm hidup ini. Tetapi jika maut itu adalah yg terbaik untuknya Engkau ambillah nyawanya. 






Abah ketahuilah kami sgt menyayagimu.Engkau telah byk berkorban
demi kami sekeluarga. Semoga engkau dipanjangkan umur dan
dimurahkan rezeki~


Yang kedua yg menyambut kelahirannya ialah sahabatku ( NUR ILLYA AMEERA ) iaitu pada 12 Nov lepas.

SAHABAT...


ilya yg mmg suke betulkan tudung org..
( semoga engkau berjaya dlm hidup ini & 
ketahuilah jika engkau bersedih ada org yg boleh membantumu ) 


Perkenalan kita bermula di padang. ( betul ke lya??hehhee ) Pada waktu itulah kita mula menutur kata. Kita jadi rapat apabila sama-sama menonton teater ( tajuknye LAYANG-LAYANG ). semester 1 time tu mmg excited. semua nak explore. Ape yg mereka buat??. Jadi kami decide utk g tgk kat panggung budaya. Kebetulan kami 2 org je yg nak g. Sejak itulah hubungan kita menjadi semakin rapat.Kini kami selalu bersama. kalo g kelas x ada aku atau die pasti org akan bertanya. tapi satu perkara yg tak boleh lagi buat ialah makan sama2. dah tinggal blok yg tak sama. aku masih di blok 1 tapi ilya di blok 3. kami suke makan KENTANG. ( giler kentang ??? ). Semoga perkenalan kita terus berkekalan walau apa pun yg terjadi dan semoga pangjang umur dan dimurahkan rezeki. INSYAALLAH... 


p/s: Bila umur semakin meningkat ketahuilah kita semakin hampir dengan maut.Cukupkah amal kita di dunia ini  untuk dibawa bekalan akhirat kelak??

~CINTA YANG SEMENTARA ~


Saudariku muslimah, salah seorang darimu pernah berkisah, semaklah mudah-mudahan engkau mengambil dapat faedah.



"Mulanya hanyalah perkenalan dan percakapan biasa lewat telefon. Seiring waktu berkembanglah pembicaraan sampai pada kisah cinta dan seterusnya. Dia pun kemudian mengungkapkan cintanya dan berjanji akan meminang saya. Dia meminta agar dibenarkan melihat wajah saya, terang saya menolaknya. Dia mengancam akan memutuskan hubungan. Aku pun menyerah. Kukirimkan fotoku serta surat-surat yang begitu manis penuh rayu. Surat menyurat pun berlangsung selalu. Sampai akhirnya dia meminta untuk berjumpa dan jalan berdua dengannya. Aku menolak dengan keras. Tapi dia mengancam akan menyebarluaskan foto-foto saya serta surat-surat saya dan suara saya yang dirakamnya ketika kami bercakap-cakap lewat telefon. Akhirnya aku pun keluar pergi bersamanya dengan tekad agar boleh pulang segera secepatnya. Ya, akupun pulang akan tetapi dengan mambawa aib dan kehinaan. Ku katakan padanya: Nikahilah aku! Sungguh ini adalah aib bagiku. Maka dia menjawab dengan segenap penghinaan, ejekan dan mentertawakan: "Sesungguhnya aku tidak akan menikahi wanita pezina.

Subhanallah...


Saudariku yang mulia, jika engkau memang memiliki akal untuk berfikir maka dengarkanlah nasihat berikut ini:

  • Janganlah engkau percaya bahawa pernikahan akan mungkin terlaksana hanya karena perkenalan dan percakapan  lewat telefon. Kalaupun memang ini terjadi maka akan mengalami kegagalan dan penyesalan.


  • Janganlah engkau percayai seorang pemuda ketika dia mulai menampakkan kejujuran dan keikhlasannya dan menyatakan sangat menghargai dan menjunjung tinggi kehormatanmu tapi dia mengkhianati keluargamu dengan menelefonmu dan mengajakmu jalan bersama. 


  • Jangan kamu percayai dia ketika dia mulai menyatakan cinta dan berlemah lembut dalam pembicaraannya. Sungguh dia melakukan semua itu dengan tujuan-tujuan busuknya yang tampak jelas bagi orang yang berakal. Akankah dia benar-benar menjunjung tinggi kehormatanmu sementara dia mengajakmu berjumpa dan jalan bersama padahal engkau belum halal baginya?



  • Janganlah engkau percayai para penyeru cinta yang mengharuskan adanya cinta sebelum pernikahan.


Ketahuilah bahwa cinta yang hakiki adalah setelah bernikah. Adapun selain itu, umumnya adalah cinta yang penuh kepalsuan. Cinta yang dibina di atas dusta dan kebohongan, semata-mata untuk bersenang-senang memuaskan hawa nafsu yang tak lama kemudian akan tampaklah kenyataan yang sesungguhnya.

Berapa banyak keluarga yang hancur berantakan padahal mereka telah berpacaran sebelum akad pernikahan dan berjanji akan setia berkasih sayang sepanjang zaman?


Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya bahwa Nabi SAW bersabda: "Pada suatu malam aku bermimpi didatangi dua orang. Keduanya berkata kepadaku, Pergilah! -kemudian beliau menyebutkan hadithnya sampai pada sabdanya  Rasulullah SAW -: "Kemudian kami mendatangi bangunan seperti tempat pembakaranyang di dalamnya terdengar suara gaduh memekik. Kami pun berkumpul. Ternyata di dalamnya terdapat lelaki  dan wanita telanjang yang disambar oleh lidah api dari bawah mereka. Ketika lidah api itu mengenai mereka, merekapun memekik kepanasan dan kesakitan. Ketika Nabi SAW menanyakan hal tersebut kepada malaikat, mereka menjawab: "Adapun lelaki dan wanita yang ada di bangunan tersebut mereka adalah laki-laki dan wanita pezina.

Maka apakah engkau ingin menjadi sebahagian dari mereka wahai saudariku muslimah?

Saudariku,
Setelah engkau baca nasihat di atas maka ketahuilah bahwa pintu taubat senantiasa terbuka bagi siapa saja yang benar-benar ingin bertaubat. Allah berfirman: "Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas akan dirinya (berbuat dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesunggunya Allah mengampuni dosa seluruhnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar : 53)


Maka apabila engkau wahai saudariku telah tenggelam dalam suatu kemaksiatan dan dosa, segeralah bertaubat dengan taubat nasuha sebelum pintu taubat tertutup dan sebelum tubuhmu ditimbun di dalam tanah. Dan pada saat itu tidaklah lagi berguna penyesalan.
Semoga Allah membangunkan kita dari kelalaian yang ada dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, menerima taubat kita, melindungi kita dari adzab qubur dan azab neraka, serta memasukkan kita ke dalam surga Firdaus Al-A’la.




~Tangan usah dikau terbakar disana......




Indahnya 2 tangan yang mempunyai 5 jari setiap satunya.Subhanallah..inilah nikmat yang agung.Tanpa ibu jari,kita gagal utk memegang segala harta benda..kurangnya satu jari,kehidupan menjadi sukar..kurangnya 1 jari kaki,langkah kaki menjadi tidak teratur..
 
Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi yang ingin kamu dustakan..
 
Jasad yang kepenatan,di rebahkan ke sebuah kerusi di hadapan pasaraya Guardian di shoping Kompleks..Menantikan sahabat mencari sesuatu di dalam.Alhamdulillah,kaki dan badan serta fikiran dapat di rehatkan seketika.Halwa telinga di sulami dengan lagu-lagu bingit dari gerai-gerai jualan hanphone buatan Malaysia.
 
Erk!!!....mengapa mereka buat begitu…??..tolong..tolong..tolong mereka..tolong mata ini…Habislah syaitan bersorak gembira.
 
Ya ALLAH..bantulah mereka..
 
Wanita..jangan jatuhkan harga dirimu yang mahal.Membiarkan tanganmu di sentuh,digengam erat penuh kasih sayang palsu bertopengkan nafsu.Dipeluk mesra oleh buaya-buaya ganas kelaparan.
 
Seketika..datang lagi..dan datang lagi pasangan seterusnya..Berjalan menghampiri pasangan lain,semakin menjalar pula tangan-tangan itu.Masya-ALLAH..semuanya melayu dan beragama ISLAM.Di mana ISLAM itu mereka letakkan.ISLAM is deen…Not just religion.!
 
Wahai anak muda ISLAM…tidakkah engkau fikirkan masa depan bakal anak-anakmu kelak?..Anak-anak yang bakal lahir dari kasih sayang berasaskan nafsu syaitan..nafsu keseronokan..bukannya dari CINTA suci Illahi?
 
Dan akhirnya anak-anak itulah yang akan menerima nasib dari sebuah perkahwinan yang telah di cemari dengan noda-noda hitam.
 
Bagaimana pula dengan tanganmu itu?Dapat terlihat dosa-dosa hitam mencurah-curah menitis dari jari –jemari yang mengengam yang bukan halal bagimu..Tangan yang ALLAH berikan sebagai amanah melakukan ibadah,engkau dustakan dengan melakukan dosa besar.
 
Tidakkah engkau tahu,setiap yang dilakukan walaupun sebesar zarah akan di hitung?walaupun mungkin dosa yang engkau lakukan telah lama sekali sehingga terlupa akan kejadiannya..
 
Setiap material di sekeliling..dinding,kerusi,meja,ayam goreng,ais krim,sudu,garfu akan menjadi saksi ALLAH,dan ALLAH akan menjadi pendakwa raya…
 
Aku sedar…dan yakin..anda semua tahu..wahai anak muda.Tetapi di butakan mata demi meraih cinta penuh nafsu.Jiwa Remaja yang mencari kebahagiaann.
 
Mungkin juga dikau ingin lari dari keadaan dosa ini..tetapi tidak mampu kerana wujudnya si pujaan hati di sisi yang sentiasa menyokong dan memeluk erat penuh ‘kasih sayang’ .Menjadi pelindung bagi wanita.Adakah mereka juga mampu melindungimu di sana kelak?
 


Duhai tangan…usahlah dikau terbakar di sana..
Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?