UPSI + H1N1

H1N1 telah melanda di UPSI.pengumuman kuarantin telah dikuatkuasakan.kini semua pelajar dibenarkan pulang sehingga 8 hb ogos. pelbagai ragam yg dpt dilihat.ada yg suka. ada yang tidak.ada yg tidak kisah..ada yg jerit2 kegembiraan.tidak terfikirkah kita rakan2 yg sedang sakit demam???bukan jeritan suka yg mereka minta.tapi doa dan sokongan drpd kita semua.


wahai diri ini dan teman2..ini bukan satu penyakit yg saja2 dihantar oleh ALLAH.tetapi ini adalah satu tanda atau petunjuk dapd ALLAH utk kita sama2 muhasabah diri kita sepanjang kita menumpang di atas muka bumi ini.


cuba diri ini dan teman2 pandang ke belakang dalam hidup ini.renung kembali apa kebaikan dan kejahatan yg telah kita lakukan.apakah sudah cukup bekalan kita utk dibawa di hadapan ALLAH kelak???tepuk dada tanyalah IMAN..


sedarlah diri dan teman2 hidup di dunia ini cuma sementara dan pinjaman semata2.bila lagi kita hendak sedarkan diri??adakah bila sudah berkedut kulit?rambut semakin putih?kita dah ada penyakit??tapi bagaimana jika ALLAH pinjamkan nyawa ini sekejap sahaja.satu hari? satu jam? satu minit? satu saat??


sama-samalah kita renung kembali dan fikirkan hikmah disebalik penyakit yg ALLAH turunkan ini..

jgn lupa keluar pakai mask..
p/s: kepada atikah hussin dan atika azmi semoga kalian semua cepat sembuh..marilah kita semua berdoa dan solat hajat utk kesejahteraan dunia yg semakin tua ini..kepada teman2 yg lain jaga lah kesihatan.

- RAHSIA MEMOTONG KUKU -

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;


* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan
masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

SESUATU YG TIDAK DIINGINI

ini lah satu kejadian yg tidak akn aku lupakan..kejadian yg membuatkan abah banyak bersabar je ngan aku...terima kasih abah kerana simpan marahnya demi anaknya..( abah hanya tarik muka je )...takut aku...
nak tahu apa ceritanye????kisah yg x sedap ni terjadi semasa cuti semester..



aku mendapat panggilan telefon dr adikku yg ingin pulang ke rumah dari asrama.aku pn excited la nak g ambil kat sekolah die.pikir2 la nak gune kereta yg mana satu..so aku wat decission guna kereta HONDA ACCORD no plat NAE 9199. cz x penah drive kereta ni jauh lg.


aku pun undurkan la kereta yg warna hitam ni dr parking..ntah cam mane kaki tertekan minyak....tiba-tiba sesuatu yg aku ingin telah berlaku..PANG!!!!!kereta ni langgar kereta pak li ( bapa saudaraku)..kuat bunyi nya..cuak nye....apa nak buat????
kalo nak tgk betapa teruknye kerosakan yg telah aku lakukan tgklah pic2 kat bwh ni..
nak tahu bape kos kene ganti???ratus gak la...nasib baik time tu abahku tiada kat rumah. ada kursus kat jb..kalo x time2 tu gak aku kena..sempat la lg aku doa supaya abahku x marah sgt..redha je apa yg anak die dah wat...mntak abahku pikir benda dah nak jd..hehehhehe
ahad tu abahku pulang ke rumah.umiku dah beritahu pasal accident tu ( accident la sgt ). tak nak abah terkejut sgt tengok kereta kesayangan dia..huh...masam je muka abahku..aku pulak takut nak g minta maaf..buat x tahu je la..malam tu abah terus masuk bilik tidur kot..mungkin penat drive dr jb..( sangka baik ).Alhamdulillah...esoknye ok je..
lupa lak nak cerita pasal pak saudaraku..aku minta maaf dr pak li..selamat die ok ja.( tp tak tahu la dalam hati kn)..byr la sikit atas kerosakan yg aku dah wat.nasib baik kereta die x teruk sgt.. ( bg aku yg x tahu ape2 ni kate x teruk tp x tahula bg die ).huuhuhuu..

beberapa hari kemudian...
keputusan exm pun keluar..hubungan aku ngan abah semakin baik..ALHAMDULILLAH result aku ok dan menggembirakan abah..nak tahu apa abah ckp ngan aku??


abah: cam ni abah belanja la along..

along: x pe la..duit yg abah nak belanja tu ganti balik duit kerosakan kereta abah.

abah : bagus jugak cam tu..hehehehehhee

itu lah kisah yg berlaku semasa cuti semester.sebenarnya kejadian2 yg berlaku itulah yg membuatkan hubungan seorang bapa dan anaknya semakin bahagia.akhir kata terima kasih abah kerana selama ini menjaga anakmu..ALONG SAYANG ABAH!!!!

p/s: bacalah doa sebelum menaiki kenderaan dan berhati-hatilah keluar parking. ;)~~~





kereta kesayangan abah



abes terkopak...



ISRAK MIKRAJ+SOLAT 5 WAKTU

Dalam kejadian Israk Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w. diisrakkan
oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkatul Mukaramah ke Palestin dengan
mengenderai buraq bersama Malaikat Jibrail.



Kemudian dari Masjidil Aqsa, Nabi S.A.W. diMikrajkan dengan
menjelajahi tujuh lapis langit hingga Sindratul Muntaha bahkan ke Mustawa.
DAlam perjalanan Mikraj inilah Nabi dapat melihat banyak tanda-tanda kebesaran
Allah s.w.t.



Di sana Nabi s.a.w. berdailog dengan Allah s.w.t. dan Allah s.w.t.
menghadiahkan suatu perkara untuk dibawa pulang oleh nabi s.a.w., iaitu
perintah SOLAT LIMA WAKTU untuk Nabi sampaikan pada umatnya.
Peristiwa Israk Mikraj berlaku selepas terjadinya tahun dukacita kerana
pada tahun itu Rasulullah s.a.w. mendapat musibah secara berturut-turut dua
insan yang amat disayangi dan tempat bergantung iaitu isterinya dan bapa saudaranya.
Kehilangan kedua-dua insan ini memberi tamparan hebat kepada Nabi
s.a.w.



Atas tujuan menghiburkan Nabi dan memantapkan lagi iman baginda maka
Allah menghantar malaikat Jibrail bersama kenderaan Buraq untuk menjemput Nabi
meneui-Nya untuk diperlihatkan tanda-tanda kebesaran-Nya dan meperteguhkan
iltizam baginda dalam meyebarkan risalah-Nya.


Dalam perjalanan Israk Mikraj, pelbagai keadaan atau kejadian
diperlihatkan kepada baginda. Semuanya menggambarkan fenomena yang pasti akan
terjadi keatas umat baginda kelak. Segala gambaran yang sebenarnya menjadi
teladan kepada kita semua.

~BAS OH BAS~

ari ni aku nak tukar sikit stail kpd tknik penceritaan..dah mcm nak blaja BM la plak..anyway aku nak teruskan gak...huuhuhuhuu
baru je citer nih..panas lg macam goreng pisang..

ari ni ak ada clas kul 2 ptg..clas astronomi tu...

ak trun kul 1.40 ptg.ye la duk tingkat 8 kn..lambat la sket...

pastu smpai la kat tempat tnggu bas..uish....ramai nye umat manusia yg nak g cls ptg2 nih..

BAS yg ada 1 je time tuh...cam ne nak menampung manusia yg ramai tu???


jam menunjukkan kul 2 sudah...terpaksa lah berebut2..cam semut hurung gula...bertolak2 nak masuk bas..letih nye..xpe2 nak g cls nak blajar..ibadah tuh...tp malangnye x dpt naik gak...

yg menariknye ada la satu bas ni dtg dari kampus..turunkn penumpang..ilya aku n fira lambai2 kat uncle driver bas tu..nak naik dari situ..tp uncle tu kata x bole..huuhuhuhuhuu


xpe2...kami tunggu uncle tu pusing..best nye uncle tu berhenti btul2 depan kami...huh bagus betul la uncle tu...cam ni nak wat lagi la..hehehehehe...


aku nye clas kat tmnu 38...jam menunjukkan 2.30..lambat dah kami nih..jalan2 la laju2..kesian kwn aku ( FIRA ) sampai sakit kaki cz kasutnye yg x berapa sesuai utk jln jauh..sampai2 nape gelap je clas ni xda org ke???rupa2 nye KOSONG!!!!!batal ke???penat dah ni sampai....kami pun rehat jap n balik..sebelum tu jumpa la pak guard yg duk kat luar tu..dia tanye nape??? kami kata tak da clas..rupanye ada notis kat ats meja pak guard tu kata clas ASTRONOMI BATAL....huhuuhuhu..SABAR JE LA..rasa cam g EXLORACE je..kalo ye mesti kami dah menang...


p/s : ok itu je nak crita kpd pembaca yg ikuti blog saya..






~ISTIMEWANYA WANITA~


Kenapakah aku dilahirkan sebagai seorang wanita bukan sebagai seorang lelaki.

ketahuilah ALLAH telah menmberikan keistimewaan kepada setiap wanita dan juga lelaki.BERSYUKURLAH kita dengan ketentuanNYA....


Disini terdapat beberapa keistimewaan wanita~~~


1 ) Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

2 ) Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



3 ) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.


4 ) Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


5) Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

6) Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

7 ) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

8 ) Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

9 )Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdeka kannya 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

JADILAH anda buah epal yg berada di atas yg tidak mudah jatuh kebumi..

dan hanya PEMUDA yg bertuah yg dapat memetiknya..INSYAALLAH..

~MY FAMILY YG TERCINTA ~


Hari ni tetiba je teringat family kat kampung...
Macam mana agak nye mereka di sana. smlm br je ak call umi..dgr suara INSYAALLAH sihat..
family ku terdiri daripada abah sebagai ketua keluarga, umi sebagai assistance abah dan adik beradik seramai 6 org...( 2 laki & 4 perempuan ).



umiku yg ku cintai...rindu ngan masakan umi..






abah ku yang tersayang.....

kalau org x knl org akan kata abahku serius orgnye...



ni gambar raya thn lepas....ramai x ahli keluarga hj. HALIM

sayangilah kedua org tuamu.sesungguhnya merekalah yg telah membesar, mendidik dan memberi kasih sayang yg terhingga kepada kita..SEMOGA KITA MENJADI ANAK YG SOLEH & SOLEHAH agar menjadi kebanggaan mereka..INSYAALLAH......







KEISTIMEWAAN BULAN REJAB



Hari ini sudah 19 REJAB.Terdapat banyak keistimewaan dalam bulan yg mulia ini.

Dan sudah tinggal beberapa hari lagi kita utk smpai pada 27 REJAB.


Di sini sy hendak kongsikan serba sedekit tentang bulan REJAB.


Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan




Pengertian


Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting


1.Hijrah Pertama


Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.


2. Isra' dan Mi'raj


Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.


Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)


3. Perang Tabuk Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.


5. Lahirnya Imam Syafie RH. Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Amalan


Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu. Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan.


Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah. Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak.


Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).


Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

~ KERJA!!!! ~

Hidup sebagai seorang pelajar memang banyak cabarannya. tapi org kata bila dah kerja lagi berganda2 dugaannya.Pengalaman org yg dah bekerja kata lebih baik belajar.tapi sampai bila...

Sebagai pelajar bukan sahaja hanya belajar tetapi turut terlibat dengan kerja-kerja persatuan.kalau tidak pandai bahagikan masa akibatnya teruklah result semester ni.

walau bagaimanapun apabila kita telah dipertanggungjawabkan dengan jawatan yg telah diberi hendaklah lakukan dengan komitmen yg sepatutnya. barulah sesebuah persatuan itu dapat digerakkan.Banyak ilmu dan pengalaman yg dapat diperolehi dengan menyertai persatuan. itulah yg akan menjadikan seseorang itu lebih matang dah fleksibal.

tapi macam mana dengan ASSIGMENT yg semakin bertambah....
jgn tangguh2...buat cepat!!!!!peringatan utk diri sendiri...

Luahan hati selepas dipertanggungjawabkan jawatan dlm PBSM dan RPA..diharap dapat dikuatkan semangat.. YA ALLAH bantulah HAMBAmu ini...




PENGUMUMAN Ko-SPIN '09

Maklumat Ko-SPIN 09

Tarikh : 11 Julai 2009
Tempat : Auditorium Muzium Shah Alam, Selangor
Bayaran peserta : RM 20
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)
Sekreteriat Ko-SPIN '09, 8-4,
The Right Angle, Jalan 14/22, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Tel / Faks : 03-79554300
Email : aktivisislam@gmail.com
Website : http://gamisdaily.com
http://kongrespendidikan.blogspot.com


Objektif Ko-SPIN 09

Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan.

Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara. Maka, Kongres bermatlamat untuk mendapatkan resolusi diakhir perbincangan dan seterusnya diperingkat atasa akan menyemak semula cadangan dari resolusi yang telah diperolehi di akhir Kongres ini.

p/s: kepada sahabat-sahabat berkelapangan boleh lah menyertai kongres.
bangunkanlah ISLAM yg tercinta.

air mata RASULULLAH S.A.W

bismillahirrahmanirahim...



buat renungan semua:...



ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.



Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.



"Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.



"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.



Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,



"Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.



"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.



Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.



"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.



"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."



Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.



YA ALLAH betapa cintanya RASULULLAH kpd kita.namun adakah kita mencintai RASULULLAH seperti mana RASULULLAH mencintai kita.buat diri ini dan pembaca
Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?