~ CuTiKu & PrOGrAm~

Bismillahir rahman ni rahim..


Tamat sahaja final exm ku semalam aku mula mengatur jadual ku yg penuh dengan program. InsyaAllah program yg penuh dengan ilmu. ( ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TIDAK BERBUAH )


Pagi ini pada pukul 11.30 pagi aku akan bertolak ke JANDA BAIK , PAHANG. Program yang dianjurkan oleh PUSAT ISLAM UPSI untuk bengkel pemantapan RAKAN PENGGERAK AD-DIN. Semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang. Diharap dengan adanya bengkel ini dapat memantapkan RPA utk masa akan datang. Program ini akan diadakan selama 3 hari iaitu 19hb hingga 21 hb.


Pada 22 hb program ku bersambung ke USIM hingga 25 hb. Universiti yg pada awalnye menjadi pilihan hatiku. aku ke sana utk mengikuti  PROGRAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 (WEHDAH 09). Inilah program yg aku tunggu2.pasti byk ilmu yg akn ku peroleh.


Kemudian selepas RAYA HAJI aku akan mengikuti BAKTISISWA di PAHANG anjuran kolejku  
( KHAR ). Program ini aku tidak pernah ikuti lg. Semoga mendapat pengalaman yg berharga di negeri PAHANG. Program ini dr 2hb hngga 5 hb.





P/s: 

  • Kepada kakakku semester 7 ( k.mashaliza, k. ateh, k. dayah & k.fazlina ain )  dan sahabatku          (roomate) jgn bersedih tidak dpt ikuti ke Janda Baik. Sesungguhnya kudrat mu diperlukan di sana. Semoga Allah memberkati usaha kita. INSYAALLAH.
  • Kepada roomateku lg sekali jgn bersedih krn tidak dapat ikuti WEHDAH09. percayalah peraturan dan perancangan ALLAH adalah yg terbaik utk kita.
  • Kepada rakan-rakan yg mengikuti program semoga kita sama-sama dpt menafaat dan membawa perubahan dengan ISLAM. Semoga ALLAH memberkati amal kita. INSYAALLAH.




1 comments:

syahir Mohamad said...

salam..
cam ne boleh g WEHDAH ye..

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?