ISRAK MIKRAJ+SOLAT 5 WAKTU

Dalam kejadian Israk Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w. diisrakkan
oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkatul Mukaramah ke Palestin dengan
mengenderai buraq bersama Malaikat Jibrail.



Kemudian dari Masjidil Aqsa, Nabi S.A.W. diMikrajkan dengan
menjelajahi tujuh lapis langit hingga Sindratul Muntaha bahkan ke Mustawa.
DAlam perjalanan Mikraj inilah Nabi dapat melihat banyak tanda-tanda kebesaran
Allah s.w.t.



Di sana Nabi s.a.w. berdailog dengan Allah s.w.t. dan Allah s.w.t.
menghadiahkan suatu perkara untuk dibawa pulang oleh nabi s.a.w., iaitu
perintah SOLAT LIMA WAKTU untuk Nabi sampaikan pada umatnya.
Peristiwa Israk Mikraj berlaku selepas terjadinya tahun dukacita kerana
pada tahun itu Rasulullah s.a.w. mendapat musibah secara berturut-turut dua
insan yang amat disayangi dan tempat bergantung iaitu isterinya dan bapa saudaranya.
Kehilangan kedua-dua insan ini memberi tamparan hebat kepada Nabi
s.a.w.



Atas tujuan menghiburkan Nabi dan memantapkan lagi iman baginda maka
Allah menghantar malaikat Jibrail bersama kenderaan Buraq untuk menjemput Nabi
meneui-Nya untuk diperlihatkan tanda-tanda kebesaran-Nya dan meperteguhkan
iltizam baginda dalam meyebarkan risalah-Nya.


Dalam perjalanan Israk Mikraj, pelbagai keadaan atau kejadian
diperlihatkan kepada baginda. Semuanya menggambarkan fenomena yang pasti akan
terjadi keatas umat baginda kelak. Segala gambaran yang sebenarnya menjadi
teladan kepada kita semua.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

MY VISITORS TODAY?